PENGGUNAAN BAHASA MELALUI NOVEL SASTERAWAN NEGARA SHAHNON AHMAD – SRENGENGE 1973: SATU ANALISIS STILISTIK

NABIL FIKRI, JUSRI (2018) PENGGUNAAN BAHASA MELALUI NOVEL SASTERAWAN NEGARA SHAHNON AHMAD – SRENGENGE 1973: SATU ANALISIS STILISTIK. Masters thesis, UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK.

[img] PDF (Please get the password from ACADEMIC REPOSITORY UNIT, ext: 082-583913/ 082-583914)
PENGGUNAAN BAHASA MELALUI NOVEL SASTERAWAN NEGARA.pdf
Restricted to Registered users only

Download (613kB)

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menganalisis novel sasterawan negara iaitu Shahnon Ahmad yang bertajuk Srengenge (1973). Objektif kajian bertujuan untuk mengenal pasti peranan penggunaan diksi dalam novel, menganalisis kesan penggunaan bahasa dramatik dalam novel dan mengenal pasti gaya penulisan peribadi penulis novel. Metodologi kajian merupakan sebuah penyelidikan kualitatif berdasarkan analisis teks novel Srengenge karya Shahnon Ahmad. Kajian ini menggunakan teori pasca moden Stilistik Webber (1989). Analisis kajian ini memerlukan bacaan rapi dan teliti bagi tiap kata, frasa dan ayat untuk mengenal pasti aspek diksi dan unsur bahasa dramatik yang terkandung dalam novel tersebut. Hasil kajian mendapati penggunaan aspek diksi, dialek dan bahasa Arab dapat memberi fungsi dalam novel ini contohnya, merealitikan latar-latar, merealitikan watak dan mewujudkan kesan penggunaan leksikal diksi. Bagi kesan penggunaan unsur bahasa dramatik, analisis dapat menenal pasti penggunaan bahasa dan kesan kepada konteks dan watak. Manakala gaya peribadi penulis novel ini banyak menggunakan unsur dialek Kedah, bahasa Arab dan unsur personifikasi. Secara menyeluruh, penggunaan teori stilistik ini dapat menonjolkan gaya penggunaan bahasa yang dipakai oleh penulis dalam novel ini. Selanjutnya dapat mengangkat nilai sastera nasional serta gaya atau cara penggunaan bahasa dalam novel sastera nasional.

Item Type: Thesis (Masters)
Additional Information: Thesis (MSC) -- Universiti Malaysia Sarawak, 2018.
Uncontrolled Keywords: penggunaan bahasa, stilistik, novel, Srengenge, sastera nasional.
Subjects: P Language and Literature > PN Literature (General)
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Language Studies & Communication Studies
Depositing User: Dan
Date Deposited: 09 Mar 2021 05:06
Last Modified: 09 Mar 2021 05:06
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/34738

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item