FONOLOGI DIALEK DUSUN LIWAN TAMBUNAN

SELVIANA, ZENO (2018) FONOLOGI DIALEK DUSUN LIWAN TAMBUNAN. Masters thesis, UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK.

[img] PDF (Please get the password by email to repository@unimas.my, or call ext: 3914/ 3942/ 3933)
Selviana ft.pdf
Restricted to Registered users only

Download (1MB)

Abstract

Dialek Dusun Liwan merupakan salah satu dialek Dusun yang dituturkan oleh masyarakat di Sabah. Kajian ini dijalankan untuk mengkaji fonologi dialek Dusun Liwan di Tambunan, Sabah. Terdapat tiga objektif utama kajian dijalankan iaitu yang pertama, mengenal pasti bunyi vokal dan rangkap vokal, kedua mengenal pasti bunyi konsonan dan alofon yang terdapat dalam dialek Dusun Liwan dan objektif yang ketiga adalah untuk mengenal pasti diftong dialek Dusun Liwan. Kaedah kajian yang digunakan ialah penyelidikan yang menggunakan lapangan huluan, kaedah deskriptif dan teori linguistik deskriptif Ferdinand de Saussure (1915) dengan menggunakan model Asmah Haji Omar (2011). Selain itu, untuk mengumpul data kaedah domain dan asiosasi idea digunakan dalam kajian ini. Pengkaji menganalisis data dengan menggunakan perisian Praat dan transkripsi fonetik dan fonemik. Hasil dapatan kajian mendapati bahawa dialek Dusun Liwan mempunyai empat jenis vokal iaitu /a/, /i/, /o/ dan /u/ manakala rangkap vokal ada lapan jenis iaitu /ai/, /ia/, /iu/, /io/, /ou/, /ua/, /uo/ dan /oi/. Terdapat 15 jenis konsonan dalam DDL iaitu /b/, /d/, /g/, /h/, /k/, /l/, /m/, /n/, /ŋ/, /p/, /r/, /s/, /t/, /w/ dan /y/. Diftong dalam DDL mempunyai enam jenis diftong iaitu /ai/, /au/, /oi/, /ou/,/iu/ dan /ui/.

Item Type: Thesis (Masters)
Additional Information: Thesis (MSC) -- Universiti Malaysia Sarawak, 2018.
Uncontrolled Keywords: Dusun Liwan dan objektif, model Asmah Haji Omar, 15 jenis konsonan
Subjects: P Language and Literature > PN Literature (General)
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Language Studies & Communication Studies
Faculties, Institutes, Centres > Faculty of Language Studies & Communication Studies
Depositing User: Dan
Date Deposited: 08 Mar 2021 07:53
Last Modified: 15 Dec 2023 09:12
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/34720

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item