Pengurusan Kualiti : Bagaimana Islam Menilainya

Surena, Sabil and Zaimuariffudin Shukri, Nordin and Jamayah, Saili and Abdul Halim, Busari (2003) Pengurusan Kualiti : Bagaimana Islam Menilainya. In: Proceedings of HRDC organised by FCHD, UNIMAS, 2003. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
Pengurusan Kualiti Bagaimana Islam Menilainya.pdf

Download (8kB) | Preview

Abstract

Perkhidmatan atau barangan berkualiti menunjukkan ianya telah memenuhi kehendak dan kepuasan pelanggan. Mengikut amalan harian, sesuatu pengeluaran barangan atau perkhidmatan yang berkuantiti banyak tetapi tidak berkualiti merupakan pembaziran dari segi tenaga sumber manusia kerana pengulangan semula yang telah dilakukan. Dari segi perspektif Islam, amalan yang sepatutnya adalah pengeluaran barangan atau perkhidmatan yang berkualiti dengan menggunakan sumber yang minima. Di sinilah amanah memainkan peranan yang penting dengan kerja sebagai amal dan bukannya sekadar untuk mendapat dan mengejar kemewahan semata-mata. Kertas ini cuba mengupas mengenai perkaitan dan perbezaan prinsip dan konsep pengurusan kualiti dari segi untuk mencapainya, penerapan dalam kehidupan seharian dan untuk mengekalkannya sepanjang masa. Lima prinsip asas pengurusan kualiti yang akan diutarakan ialah kepimpinan, kerja berkumpulan, pembaikan berterusan, pengawalan kualiti dan jaminan kualiti. Prinsip-prinsip kualiti yang akan dibincangkan merupakan amalan yang dilakukan oleh manusia yang sekiranya dibandingkan mengikut perspektif Islam adalah merupakan asas kepada kehidupan manusia. Pada dasarnya manusia yang berkualiti akan menghasilkan hasil kerja yang bertaraf dunia dan memanfaatkan kepada seluruh umat tetapi mereka yang tidak mampu menjadikan kualiti sebagai penandaarasan kerja mereka dan amalan yang setara dengan kehendak Islam akan merosakkan diri dan juga sesuatu organisasi. Secara ringkasnya kualiti bermula dari individu yang akan membawa kebaikan kepada masyarakat dan organisasi seterusnya negara secara keseluruhannya.

Item Type: Proceeding (Paper)
Additional Information: Universiti Malaysia Sarawak, UNIMAS
Uncontrolled Keywords: Kualti, Kepimpinan, Kerja Berkumpulan, Pembaikan Berterusan, Pengawalan Kualiti, Jaminan Kualiti, 2003, Universiti Malaysia Sarawak, UNIMAS, universiti, university, Borneo, Malaysia, Sarawak, Kuching, Samarahan, IPTA, education, undergraduate, research
Subjects: A General Works > AC Collections. Series. Collected works
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Cognitive Sciences and Human Development
Faculties, Institutes, Centres > Faculty of Cognitive Sciences and Human Development
Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Cognitive Sciences and Human Development
Depositing User: Karen Kornalius
Date Deposited: 02 Jul 2014 03:47
Last Modified: 12 Apr 2016 06:25
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/3401

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item