WARISAN DARULAMAN - GUNUNG KERIANG DAN PULAU PAYAR

Anuar, Ayob and Aslina, Mohd Jainal and Nur Hasnah Suhaida, Mohd Yusoff and Nadiatul Atika, Badrul Hisham (2020) WARISAN DARULAMAN - GUNUNG KERIANG DAN PULAU PAYAR. [Document]

[img]
Preview
Image
Etnografi Visual -Warisan Darulaman 5.jpg

Download (181kB) | Preview
[img] PDF (Webpage)
warisandarulaman/index.html

Download (524kB)
Official URL: https://etnografiunimas201.wixsite.com/warisandaru...

Abstract

Kursus Etnografi Visual ini menerapkan pengetahuan akademik dan kemahiran insaniah pelajar tentang kajian yang melibatkan aspek kehidupan masyarakat ataupun etnik, serta alam sekitar berteraskan aspek sosial, budaya, ekonomi dan sebagainya melalui kaedah pemerhatian dan penyertaan (participant observation) secara aktif mahupun pasif setiap pelajar yang terlibat. Kemahiran bidang pelajar seperti lakaran, rakaman visual (pegun dan gerak) dan bunyi dipraktikkan untuk menjana hasil dapatan mereka dari pengalaman sebenar bersama kumpulan etnik atau komuniti yang dikaji, seterusnya diterjemahkan kepada penerbitan kreatif menerusi pelantar digital seperti buku elektronik (e-book), laman sesawang (blog), media sosial (Facebook dan Instagram) serta penyedia akses video dalam talian (Youtube) bagi dikongsi dan dijadikan sumber rujukan mendatang oleh khalayak umum. Keunikan Geotapak Gunung Keriang, Mukim Gunung, Alor Setar, Kedah yang dikenalpasti sebagai sumber kajian bagi mengumpul data dan maklumat, telah menjadi pemangkin kepada pelajar menjalankan kerja lapangan ini kerana ia adalah kawasan geotapak (singkapan batuan atau landskap yang telah dikenal pasti mempunyai satu atau gabungan nilai-nilai warisan) di Kedah yang telah diiktiraf sebagai tapak geowarisan negeri oleh Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia pada tahun 2015, bukan sahaja diwarnai dengan sejarah kewujudannya, malah mempunyai nilai saintifik, estetika, rekreasi dan budaya yang tinggi. Keistimewaannya juga didukung oleh kepelbagaian latar penduduknya yang hidup sebagai satu rumpun yang bersatu-padu dengan menjana kehidupan ekonomi tradisional dan industri batu kristal, dan sedikit-sebanyak telah beralih kepada sumber pendapatan berasaskan industri pelancongan sehingga menjadikannya sebagai salah satu lokasi pelancongan terpilih di Alor Setar. Sudah semestinya ia amat bermanfaat dijadikan wadah kajian yang amat berguna baik kepada pelajar, masyarakat setempat mahupun khalayak umum. Sehubungan dengan itu, kajian lapangan kursus ini amat penting dipraktikkan kerana ia mampu menjadi pemangkin dalam meningkatkan pengetahuan etnografi, melahirkan individu kreatif yang berbakat serta mengketengahkan tentang keistimewaan sesuatu kelompok etnik, masyarakat ataupun tempat yang dipilih baik dalam negara ini mahupun luar negara, diterjemahkan melalui penerbitan kreatif menerusi buku elektronik, laman sesawang serta penyedia akses video dalam talian hasil daripada pengetahuan akademik, kemahiran insaniah dan kemahiran bidang setiap pelajar yang terlibat. Dapatan kajian dari kaedah pemerhatian dan penyertaan yang berkait-rapat dengan khidmat masyarakat, serta aktiviti rakaman oleh pelajar kursus ini akan dipaparkan menerusi produk penerbitan kreatif seperti buku elektronik (e-book), laman sesawang (blog), media sosial (Facebook dan Instagram) serta penyedia akses video dalam talian (Youtube) bagi dikongsi dan dijadikan sumber rujukan mendatang oleh khalayak umum.

Item Type: Document
Uncontrolled Keywords: etnografi visual, pemerhatian dan penyertaan, penerbitan kreatif, khidmat masyarakat, Geotapak Gunung Keriang
Subjects: N Fine Arts > N Visual arts (General) For photography, see TR
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Applied and Creative Arts
Faculties, Institutes, Centres > Faculty of Applied and Creative Arts
Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Applied and Creative Arts
Depositing User: Ayob
Date Deposited: 16 Dec 2020 05:58
Last Modified: 05 Jan 2022 06:55
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/33343

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item