BENTUK DAN PENGGUNAAN BAHASA HALUS DALAM MASYARAKAT MELAYU DAN IBAN DI SARAWAK

Hamidah, Abdul Wahab and Siti Marina, Kamil and Remmy, Gedat (2020) BENTUK DAN PENGGUNAAN BAHASA HALUS DALAM MASYARAKAT MELAYU DAN IBAN DI SARAWAK. Issues in Language Studies, 9 (1). pp. 15-27. ISSN 2180-2726

[img] PDF
BENTUK DAN PENGGUNAAN BAHASA HALUS DALAM MASYARAKAT MELAYU DAN IBAN DI SARAWAK_pdf.pdf

Download (263kB)
Official URL: http://www.ils.unimas.my/

Abstract

Kajian ini meneliti aspek kesantunan bahasa dalam masyarakat Melayu Sarawak dan Iban di daerah Kuching dan Samarahan, khususnya dalam penggunaan bahasa halus atau eufemisme. Objektif khusus kajian adalah untuk meneliti bentuk eufemisme yang wujud dan digunakan dalam masyarakat Melayu Sarawak dan Iban, dan juga melihat sejauh mana eufemisme tersebut digunakan dalam kedua-dua masyarakat tersebut. Data kajian diperoleh menerusi kaedah soal selidik, melibatkan responden seramai 50 orang bagi setiap kaum. Soalan dirangka mengikut beberapa domain daripada pengkategorian eufemisme oleh Allan dan Burridge (1991), iaitu hal kewanitaan dan kelelakian, kemarahan/makian/kebencian, penyakit, kematian, dan ketakutan berunsurkan haiwan serta makhluk halus. Dapatan kajian menunjukkan penggunaan bahasa halus secara sederhana adalah tinggi, iaitu bagi golongan penutur berusia 40 tahun ke bawah, melibatkan kedua-dua masyarakat. Penutur juga didapati memahami perkataan dan ujaran bahasa halus walaupun ia tidak bersifat langsung. Kajian ini juga dapat memperjelas bentuk bahasa halus yang wujud dan tahap penggunaannya dalam masyarakat Melayu Sarawak dan Iban, selain memaparkan latar budaya masyarakat penutur yang kaya dengan kehalusan bahasanya.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: bahasa halus;domain; bahasa sukuan; budaya; Melayu Sarawak; Iban, unimas, university, universiti, Borneo, Malaysia, Sarawak, Kuching, Samarahan, ipta, education, research, Universiti Malaysia Sarawak
Subjects: P Language and Literature > P Philology. Linguistics
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Education, Language and Communication
Depositing User: Abdul Wahab
Date Deposited: 30 Nov 2020 07:34
Last Modified: 19 Oct 2023 07:34
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/33135

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item