Perubahan Makna Leksikal ‘Dedak’ di Media dalam Talian Sumbangan kepada Perkamusan Melayu

Wan Robiah, Meor Osman and Chong, Shin (2020) Perubahan Makna Leksikal ‘Dedak’ di Media dalam Talian Sumbangan kepada Perkamusan Melayu. International Journal of the Malay World and Civilisation, 8 (1). pp. 37-46.

[img] PDF
Perubahan Makna Leksikal ‘Dedak’ di Media dalam Talian Sumbangan kepada Perkamusan Melayu.pdf

Download (137kB)
Official URL: http://journalarticle.ukm.my/14269/1/jatma-2020-08...

Abstract

Bahasa merupakan medium penting dalam menyampaikan hasrat, sentimen, gagasan dan cetusan pemikiran. Bahasa juga dijadikan alat utama oleh masyarakat dalam menyalurkan maklumat tersurat atau tersirat. Gaya komunikasi masyarakat dunia telah berubah seiring dengan perkembangan dunia rangkaian jalur lebar yang menawarkan pelbagai perkhidmatan dalam talian termasuklah interaksi versi moden. Masyarakat kini lebih banyak meluangkan masa berinteraksi menggunakan platform teknologi maklumat. Perkembangan ini secara tidak langsung telah memberikan kesan kepada perubahan bahasa masyarakat. Oleh hal demikian, makalah ini meneliti perubahan makna kata ‘dedak’ dalam kedua-dua kamus yang dibandingkan iaitu Kamus R. O. Windstedt (1960) dan Kamus Dewan (2007) dengan melihat perubahan makna berasaskan masa. Sumber data kajian ini diperoleh daripada media sosial iaitu Facebook dan portal berita Malaysiakini dengan memanfaatkan Teori Tangan Ghaib oleh Keller (1994). Carian enjin google trends juga digunakan untuk melihat populariti kata ini digunakan oleh masyarakat. Hasil kajian mendapati bahawa makna kata dedak tidak mengalami perubahan makna yang ketara dalam kedua-dua kamus yang dibandingkan. Namun, menerusi penggunaan bahasa masyarakat dalam media dalam talian didapati kata dedak telah mengalami perubahan makna yang drastik kesan daripada ledakan situasi sosiopolitik negara. Justeru, perubahan makna ini merupakan salah satu sumbangan penting kepada perkembangan perkamusan Melayu.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Perubahan makna; media dalam talian; perkamusan Melayu, unimas, university, universiti, Borneo, Malaysia, Sarawak, Kuching, Samarahan, ipta, education, research, Universiti Malaysia Sarawak
Subjects: P Language and Literature > P Philology. Linguistics
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Language Studies & Communication Studies
Depositing User: Tuah
Date Deposited: 16 Jul 2020 02:07
Last Modified: 16 Jul 2020 02:07
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/30479

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item