Peribahasa Tamil Berimej Lada Hitam Sebagai Tradisi Lisan: Analisis Semantik Inkuisitif

Murthy, Tangaprabu and Mary Fatimah, Subet and Muhammad Zaid, Daud (2019) Peribahasa Tamil Berimej Lada Hitam Sebagai Tradisi Lisan: Analisis Semantik Inkuisitif. International Journal of Creative Future and Heritage (TENIAT), 7 (2). pp. 70-88. ISSN 2289-4527

[img] PDF
MARY FATIMAH.pdf

Download (746kB)
Official URL: http://ijcfh.umk.edu.my/images/IJCFHVol7-Sept2019/...

Abstract

Tradisi lisan merupakan salah satu cabang bagi penciptaan peribahasa Tamil. Peribahasa ini dicipta dan dihasilkan daripada pengamatan lapisan masyarakat India terhadap keistimewaan alam semula jadi di sekeliling mereka secara implisit. Namun begitu, penerokaan makna peribahasa Tamil yang dijalankan oleh pengkaji lepas hanya terhad di peringkat semantik skrip dan semantik resonans sahaja. Oleh itu, objektif kajian adalah menganalisis peribahasa Tamil berunsur lada hitam menggunakan pendekatan Semantik Inkuisitif oleh Jalaluddin (2014) serta dibantu pendekatan Rangka Rujuk Silang oleh Kempson (1986). Kajian ini adalah berbentuk kualitatif sepenuhnya melalui temu bual secara mendalam ke atas empat orang informan yang pilih secara NORF/M (Non-Mobile, Old, Remote dan Female/Male). Keseluruhannya, pengkaji memperoleh sebanyak 25 data peribahasa Tamil berunsurkan tumbuh-tumbuhan. Namun begitu, sebagai batasan kajian ini pengkaji hanya akan memfokuskan data peribahasa Tamil berunsurkan lada hitam sahaja. Data peribahasa Tamil tersebut seperti, கடுகுப ோனஇடம்ஆரோய்வர், பூசணிக்கோய்ப ோனஇடம்தெரியோெ (Transkripsi Rumi: Kadagu pona idam aarayvaar, poosanikay pona idam theriyathu) dan கடுகுசிருத்ெோலும்கோரம் குறையோது (Transkripsi Rumi: Kadugu siruthalum kaaram kuraiyaathu). Melalui kajian ini pengkaji dapat merumuskan bahawa, peribahasa Tamil ini tidak diciptakan secara sewenang-wenangnya tetapi, mempunyai kaitan yang kukuh dengan budaya serta akal budi masyarakat India pada zaman dahulu. Kata Kunci: tradisi lisan, peribahasa Tamil, lada hitam, semantik inkuisitif

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: tradisi lisan, peribahasa Tamil, lada hitam, semantik inkuisitif, unimas, university, universiti, Borneo, Malaysia, Sarawak, Kuching, Samarahan, ipta, education, , research, Universiti Malaysia Sarawak.
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
H Social Sciences > HM Sociology
P Language and Literature > P Philology. Linguistics
P Language and Literature > PI Oriental languages and literatures
P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Education, Language and Communication
Depositing User: MUHAMMAD ZAID BIN DAUD
Date Deposited: 28 Apr 2020 02:40
Last Modified: 25 Oct 2023 02:49
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/29518

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item