Keterhampiran Informasi dalam Pengaplikasian Teknologi: Kajian di Pusat Kebajikan Masyarakat di Sarawak

Nor Ashikin, Binti Abdul Rahman (2020) Keterhampiran Informasi dalam Pengaplikasian Teknologi: Kajian di Pusat Kebajikan Masyarakat di Sarawak. PhD thesis, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

[img] PDF (Please get the password by email to repository@unimas.my , or call ext: 3914 / 3942 / 3933)
Keterhampiran Informasi dalam Pengaplikasian Teknologi.pdf
Restricted to Registered users only

Download (1MB) | Request a copy

Abstract

Penyediaan prasarana lengkap yang berteraskan teknologi iaitu internet dan komputer dianggap penting untuk sesebuah organisasi. Sebagai sebuah negara yang sedang menuju ke arah sebuah kerajaan berelektronik maka pihak kerajaan Malaysia amat menitiberatkan pembangunan teknologi dalam sesebuah organisasi samada organisasi kerajaan mahupun swasta. Kelebihan penggunaan teknologi komunikasi turut dijelaskan dalam Teori Keterhampiran Elektronik yang diperkenalkan oleh Korzenny pada tahun 1978. Teori ini menyatakan bahawa wujudnya keterhampiran dalam bentuk elektronik sekiranya manusia menggunakan medium teknologi apabila menggunakan teknologi dalam berkomunikasi. Satu kajian berkaitan dengan Keterhampiran Elektronik ini telah dijalankan di Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sarawak (JKMNS) dengan menggunakan dua (2) kaedah metodologi yang digunakan iaitu kaedah kualitatif dan kaedah kuantitatif. Metodologi kuantitatif digunakan untuk menjawab objektif pertama; iaitu untuk mengkaji kewujudan kepuasan dari aspek keterhampiran informasi dalam pengaplikasian teknologi di JKM. Manakala metodologi kualitatif digunakan untuk menjawab objektif kedua, ketiga dan keempat; untuk mengkaji faktor-faktor penarik kepada kewujudan keterhampiran informasi di JKM; untuk mengkaji faktor-faktor penolak kepada kewujudan keterhampiran informasi di JKM; dan untuk mengkaji tahap kecekapan penggunaan teknologi komunikasi dalam kalangan kakitangan JKM. Sampel kajian untuk metodologi Kuantitatif adalah seramai 232 manakala informan untuk kualitatif adalah seramai 20 orang. Hasil kajian ini menunjukkan,terdapat hubungan yang signifikan antara faktor penolakan dan penerimaan penggunaan teknologi komunikasi oleh kakitangan JKM. Walau bagaimanapun, elemen seperti pemantapan penyediaan kemudahan perkakasan ICT perlu dititikberatkan oleh kakitangan JKM, kerana ia dilihat sebagai faktor yang dapat menyumbang kepada penarikan minat kakitangan JKM untuk mengaplikasikan ICT di tempat kerja. Manakala dari segi kecekapan pula, kecekapan penggunaan ICT dalam kalangan kakitangan JKM masih berada di tahap yang sederhana. Oleh itu, latihan dan juga dorongan daripada pihak atasan, terutamanya pihak pengurusan amatlah diperlukan bagi memastikan penguasaan ICT dalam kalangan kakitangan JKM berada pada tahap yang optimum.

Item Type: Thesis (PhD)
Additional Information: Thesis (PhD.) - Universiti Malaysia Sarawak , 2020.
Uncontrolled Keywords: Nearness of information, application of technology, electronic propinquity, ICT utilization, efficiency and satisfaction,unimas, university, universiti, Borneo, Malaysia, Sarawak, Kuching, Samarahan, ipta, education, Postgraduate, research, Universiti Malaysia Sarawak.
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Social Sciences & Humanities
Faculties, Institutes, Centres > Faculty of Social Sciences & Humanities
Depositing User: NOR ASHIKIN BINTI ABDUL RAHMAN
Date Deposited: 03 Mar 2020 03:02
Last Modified: 18 Apr 2023 03:20
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/29252

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item