Gallus gallus domesticus dan Paradoxurus hermaphroditus dalam Peribahasa Melayu: Analisis Semantik Inkuisitif

Muhammad Zaid, Daud (2018) Gallus gallus domesticus dan Paradoxurus hermaphroditus dalam Peribahasa Melayu: Analisis Semantik Inkuisitif. Sains Humanika, 10 (2). pp. 41-51. ISSN 2289-6996

[img] PDF
Muhammad Zaid Daud.pdf

Download (548kB)
Official URL: https://sainshumanika.utm.my/index.php/sainshumani...

Abstract

Penggunaan leksikal ayam (Gallus gallus domesticus) sebagai objek dan musang (Paradoxurus hermaphroditus) sebagai imej dalam peribahasa Melayu telah mempamerkan bahawasanya masyarakat Melayu pada zaman dahulu telah mengasimilasikan kejadian di alam sekeliling mereka dengan kehidupan seharian. Jelmaan sikap haiwan tersebut telah dikiaskan dengan sikap atau kelakuan manusia ini dapat dilihat melalui makna harfiah peribahasa tersebut. Kajian ini akan mencungkil sebab pemilihan leksikal ayam dan musang dalam peribahasa Melayu melalui perseptif semantik inkuisitif oleh Nor Hashimah Jalaluddin (2014). Kajian berbentuk kualitatif ini akan menggunakan Kamus Istimewa Peribahasa Melayu (2016) susunan Abdullah Hussain sebagai pengumpulan data peribahasa Melayu. Sejumlah lima peribahasa Melayu yang berasosiasi dengan leksikal ayam dan musang telah dikesan dalam kamus ini. Seterusnya, pendekatan Rangka Rujuk Silang (RRS) yang berpandukan data korpus di Pangkalan Korpus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Malay Concordance Project (MCP) dilakukan. Analisis seperti ini mampu menghuraikan makna peribahasa Melayu tersebut sehingga ke akal budi penuturnya.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: ayam (Gallus gallus domesticus); musang (Paradoxurus hermaphroditus); peribahasa Melayu; semantik inkuisitif; akal budi Melayu, unimas, university, universiti, Borneo, Malaysia, Sarawak, Kuching, Samarahan, ipta, education, , research, Universiti Malaysia Sarawak.
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
H Social Sciences > HM Sociology
P Language and Literature > P Philology. Linguistics
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Language Studies & Communication Studies
Depositing User: MUHAMMAD ZAID BIN DAUD
Date Deposited: 28 Jan 2020 02:41
Last Modified: 27 Apr 2021 06:14
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/28810

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item