Asas Fonem Konsonan Dialek Melayu Kelantan (Subdialek Pasir Mas, Kelantan)

Nur Faten Shahirah, Mohd Razali and Radina, Binti Mohamad Deli and Muhammad Zaid, Bin Daud (2018) Asas Fonem Konsonan Dialek Melayu Kelantan (Subdialek Pasir Mas, Kelantan). MALTESAS Multi-Disciplinary Research Journal (MIRJO), 3 (2). pp. 8-24. ISSN 0127-6271

[img] PDF
Asas Fonem Konsonan Dialek Melayu Kelantan (abstract).pdf

Download (245kB)
Official URL: https://maltesas.my/msys/explore/detailsg.php?det=...

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji bidang fonologi khususnya dalam mengenal pasti jenis-jenis fonem konsonan serta menghuraikan pengguguran konsonan yang berlaku dalam dialek Kelantan bagi sub dialek Pasir Mas. Untuk mencapai objektif ini, data dikumpul dengan menggunakan kaedah kualitatif di mana kajian ini telah menggunakan kaedah temu bual dengan menggunakan senarai kata yang disediakan mengikut domain-domain tertentu melalui senarai Swadesh yang telah diubah suai dan memfokuskan kepada budaya benda sahaja. Temu bual ini melibatkan dua orang responden yang berlainan jantina dan merupakan penutur jati dialek Kelantan Pasir Mas di mana mereka tidak pernah berimigrasi ke luar negeri. Hasil kajian memperlihatkan bahawa dalam subdialek Pasir Mas, secara keseluruhannya jenis fonem dan jumlah fonem konsonan adalah 19 iaitu [p, b, t, d, k, g, l, ʧ, ʤ, s, h, m, n, ŋ, ɲ, ɣ] dan tiga segmen konsonan terbitan, iaitu hentian glotis [ʔ] dan geluncuran [j, w]. Selain itu, berdasarkan analisis data terhadap fonem konsonan, dialek Kelantan sememangnya banyak mengalami pengguguran konsonan di mana kebanyakan fonem konsonan banyak mengalami pengguguran di awal, di tengah kata dan di akhir kata. Antara fonem yang banyak mengalami pengguguran ialah konsonan likuida /l/ dan /r/ serta konsonan nasal /m, n, ŋ/. Selain itu juga, fonem lain juga dilihat banyak mengalami pengguguran berdasarkan data yang diperoleh, antaranya ialah konsonan /h, s/.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: asas fonologi; fonem konsonan; dialek Melayu Kelantan; subdialek Pasir Mas, unimas, university, universiti, Borneo, Malaysia, Sarawak, Kuching, Samarahan, ipta, education, research, Universiti Malaysia Sarawak.
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
P Language and Literature > P Philology. Linguistics
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Language Studies & Communication Studies
Depositing User: MUHAMMAD ZAID BIN DAUD
Date Deposited: 28 Jan 2020 02:53
Last Modified: 28 Jan 2020 02:53
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/28804

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item