Analisis Stilistik Melalui Penggunaan Bahasa dalam Novel Sastera Indie: Karya Azwar Kamaruzaman

Mohd Khairul, Adenan and Florence Gilliam, Kayad and Muhammad Zaid, Bin Daud (2018) Analisis Stilistik Melalui Penggunaan Bahasa dalam Novel Sastera Indie: Karya Azwar Kamaruzaman. Jurnal Kesidang, 3 (1). pp. 106-121. ISSN 2550-1674

[img] PDF
ANALISIS STILISTIK MELALUI PENGGUNAAN BAHASA DALAM NOVEL (abstract).pdf

Download (388kB)
Official URL: http://www.kuim.edu.my/journal/index.php/JK

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menganalisis penggunaan bahasa dalam novel Nasi Kangkang karya Azwar Kamaruzaman. Objektif kajian terarah kepada mengenal pasti fungsi penggunaan aspek diksi pada novel, menganalisis kesan penggunaan unsur bahasa dramatik dan mengenal pasti gaya peribadi penulis novel ini. Metodologi kajian melibatkan penyelidikan kualitatif berdasarkan analisis teks novel Nasi Kangkang karya Azwar Kamaruzaman. Kajian ini menggunakan teori stilistik berlandaskan kepada Prinsip Webber (1989). Analisis juga melibatkan bacaan rapi dan teliti bagi tiap kata, frasa dan ayat bagi mengenal pasti aspek diksi dan unsur bahasa dramatik yang terdapat dalam novel tersebut. Hasil kajian mendapati penggunaan aspek diksi seperti slanga, dialek dan bahasa asing dapat memberi fungsi dalam novel ini misalnya, merealitikan latar-latar, mengenal pasti perwatakan, dan mewujudkan kesan kepada watak. Bagi kesan penggunaan unsur bahasa dramatik, analisis mendapati penggunaan tersebut dapat memberi kesan kepada konteks dan watak. Manakala gaya peribadi penulis novel ini banyak menggunakan slanga, dialek Utara dan gemar menggunakan penggunaan gaya bahasa hiperbola dan simile dalam novel Nasi Kangkang. Secara keseluruhannya, penggunaan Teori Stilistik ini dapat melihat gaya penggunaan bahasa dalam novel ini dan implikasi kajian ini adalah dapat memberi maklumat tentang definisi sastera Indie serta bagaimana gaya bahasa yang digunakan dalam karya-karya Indie.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Penggunaan bahasa, novel, Nasi Kangkang; sastera Indie, stilistik, unimas, university, universiti, Borneo, Malaysia, Sarawak, Kuching, Samarahan, ipta, education, research, Universiti Malaysia Sarawak.
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
H Social Sciences > HM Sociology
P Language and Literature > P Philology. Linguistics
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Language Studies & Communication Studies
Depositing User: MUHAMMAD ZAID BIN DAUD
Date Deposited: 28 Jan 2020 02:50
Last Modified: 28 Jan 2020 02:50
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/28803

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item