KETENE Cerita Lisan Etnik Kenyah

Juna, Liau (2019) KETENE Cerita Lisan Etnik Kenyah. UNIMAS Publisher, Kota Samarahan, Malaysia. ISBN 978-967-2298-00-7

[img] PDF
KETENE Cerita Lisan Etnik Kenyah.pdf

Download (296kB)
Official URL: https://onlineshop.unimas.my/unimaspublisher/index...

Abstract

Idea menerbitkan buku cerita lisan (ketene’) masyarakat Kenyah dari subetnik Uma Baha ke dalam Bahasa Melayu tercetus setelah saya mendapati bahawa terlalu sedikit penulisan tentang cerita lisan masyarakat berkenaan yang telah diterbitkan di dalam bahasa kebangsaan. Misalnya hanya satu tajuk cerita lisan subetnik Uma Baha bertajuk ‘Suling dan Jejaka Harimau Bintang’ telah saya hasilkan sempena pertandingan menulis cerita lisan dalam Bahasa Melayu dan hasilnya telah diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dalam bentuk antologi cerita lisan rakyat Sarawak. Tajuk cerita berkenaan dimasukkan ke dalam buku ini dan merupakan cerita pertama pada Bahagian II. Selain itu, penulisan buku ini adalah kesinambungan daripada aktiviti yang telah saya lakukan iaitu menulis cerita lisan masyarakat Uma Baha di dalam bahasa Inggeris dan hasilnya dalam bentuk Kertas Kerja. Saya membahagikan buku ini kepada empat bahagian: Pengenalan, Bahagian I, Bahagian II dan Penutup. Bahagian Pengenalan membincangkan secara kritikal beberapa perkara yang penting seperti latar belakang kepada penerbitan buku ini, konsep cerita lisan dan pengenalan kepada budaya masyarakat Kenyah. Bahagian ini adalah lebih bersifat ilmiah dan kaedah penyelidikan etnologi dan etnografi digunakan. Saya menjalankan penyelidikan dan menganalisis tentang masyarakat Kenyah dari Daerah Baram, Bahagian Miri dan Daerah Belaga, Bahagian Kapit untuk memantapkan bahagian ini. Dalam Bahagian I saya membawa pembaca untuk memahami cerita lisan subetnik Uma Baha dan merumuskan cerita lisan berkenaan. Ringkasnya, analisa daripada perspektif antropologi tentang cerita lisan berkenaan diletakkan pada bahagian Pengenalan, Bahagian I dan Penutup. Cerita lisan dalam buku ini disusun serta disampaikan di Bahagian II. Saya sengaja meletakkan kesemua cerita lisan berkenaan pada bahagian ini agar para pembaca mempunyai pilihan sama ada menghayati cerita-cerita berkenaan terlebih dahulu atau sebaliknya. Cerita lisan berkaitan menyampaikan pengetahuan tentang budaya masyarakat Kenyah subetnik Uma Baha, misalnya budaya menanam padi dan aspek hubungan kekeluargaan. Bahagian Penutup merupakan rumusan tentang cerita lisan dan cadangan untuk penyelidikan dalam masyarakat Kenyah pada masa hadapan. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan di Fakulti Sains Sosial yang telah memberi idea dan dorongan serta galakan kepada saya untuk menghasilkan buku ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada UNIMAS Publisher kerana sudi menerbitkan buku ini. Akhir sekali terima kasih diucapkan kepada Abang Zainuddin Bin Abang Haji Sharkawi yang menjadi pereka grafik buku ini.

Item Type: Book
Uncontrolled Keywords: Kenyah (Southeast Asian people), Oral tradition, Folk literature, unimas, university, universiti, Borneo, Malaysia, Sarawak, Kuching, Samarahan, ipta, education, research, Universiti Malaysia Sarawak.
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Social Sciences & Humanities
Faculties, Institutes, Centres > Faculty of Social Sciences & Humanities
Depositing User: Ling Sing
Date Deposited: 22 Jan 2020 06:23
Last Modified: 22 Jan 2020 06:23
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/28791

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item