Unggas dalam Peribahasa Melayu: Satu Analisis Semantik Inkuisitif

Muhammad Zaid, Daud (2020) Unggas dalam Peribahasa Melayu: Satu Analisis Semantik Inkuisitif. Masters thesis, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

[img] PDF
Unggas dalam Peribahasa Melayu Satu Analisis Semantik (thesis) (24pgs).pdf

Download (1MB)
[img] PDF (Please get the password from Digital Collection Development Unit, ext: 082-583932 / 082-583914)
Unggas dalam Peribahasa Melayu Satu Analisis Semantik (thesis).pdf
Restricted to Registered users only

Download (2MB) | Request a copy

Abstract

Kewujudan unggas dalam peribahasa Melayu telah diasimilasikan dengan kelakuan manusia yang dapat dilihat melalui makna harfiah peribahasa tersebut. Unggas atau nama saintifiknya Aves telah dikelaskan sebagai haiwan yang mempunyai sayap, sama ada boleh terbang mahupun tidak, berdarah panas, berkaki dua dan bertelur. Unggas juga ialah haiwan vertebrata yang terdapat di serata dunia termasuk di sekitar gurun, hingga kutub utara dan selatan, serta di kawasan hujan tropika. Data kajian ini diperoleh daripada Kamus Peribahasa Melayu Edisi Kelima oleh Rahman (2017), Kamus Istimewa Peribahasa Melayu Edisi Kedua oleh Hussain (2016) serta Kamus Peribahasa Melayu oleh Said (2013). Analisis data menggunakan pendekatan kualitatif. Analisis dokumen melibatkan data peribahasa Melayu ini telah dibukukan dan memuatkan sebanyak 207 unggas dalam peribahasa Melayu. Dalam kajian ini, imej unggas telah dipecahkan kepada beberapa subunggas seperti, ayam (Gallus gallus domesticus), burung (Bird), itik (Anas platyrhynchos) dan angsa (Anserini). Peribahasa yang memaparkan unggas-unggas ini, seterusnya dipecahkan lagi kepada lapan domain khusus iaitu; domain kebiasaan, sia-sia, rezeki, ironi/sindiran, khianat, hati-hati/teliti, kekuasaan dan jodoh. Sebanyak 11 peribahasa Melayu dijadikan sampel dan dianalisis menggunakan pendekatan Semantik Inkuisitif (SI) oleh Jalaluddin (2014). Pendekatan Rangka Rujuk Silang (RRS) oleh Kempson (1986) yang berpandukan data korpus diperoleh daripada Pangkalan Korpus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) serta Malay Concordance Project (MCP). Tujuan pendekatan ini diaplikasikan adalah untuk pengesahan makna peribahasa dengan lebih lanjut. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pemilihan leksikal unggas dalam peribahasa Melayu dikaitkan dengan makna implisit berdasarkan kognitif dan falsafah kehidupan masyarakat Melayu pada zaman dahulu. Didapati juga, makna sebenar peribahasa tersebut diketengahkan dengan mengambil kira akal budi dan keintelektualan pemikiran masyarakat Melayu.

Item Type: E-Thesis (Masters)
Uncontrolled Keywords: Unggas, peribahasa Melayu, semantik inkuisitif, Rangka Rujuk Silang (RRS), akal budi Melayu, unimas, university, universiti, Borneo, Malaysia, Sarawak, Kuching, Samarahan, ipta, education, Postgraduate, research, Universiti Malaysia Sarawak.
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
P Language and Literature > P Philology. Linguistics
P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Language Studies & Communication Studies
Depositing User: MUHAMMAD ZAID BIN DAUD
Date Deposited: 16 Jan 2020 02:13
Last Modified: 16 Jan 2020 02:13
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/28750

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item