Konstruksi Identiti Dalam Talian daripada Perspektif Pengguna Facebook

Jamilah, Maliki and Normah, Mustafa and Mohd Nor, Shahizan Ali (2019) Konstruksi Identiti Dalam Talian daripada Perspektif Pengguna Facebook. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 35 (5). pp. 119-134. ISSN 2289-1528

[img] PDF
Konstruksi Identiti Dalam Talian daripada Perspektif Pengguna Facebook - Copy.pdf

Download (713kB)
Official URL: http://ejournal.ukm.my/mjc/article/view/36485

Abstract

Setiap individu mempunyai identiti tersendiri sama ada di luar talian mahupun dalam talian. Identiti kendiri yang dikonstruksi memiliki keunikan serta perbezaan tersendiri yang membolehkan individu dikenali oleh orang lain. Walaupun terdapat banyak kajian yang mengkaji konstruksi identiti kendiri, khususnya dalam bidang komunikasi silang budaya tetapi faktor-faktor yang digunakan oleh individu dalam membentuk identiti dalam talian belum diterokai sepenuhnya. Kajian ini menyelidik bagaimana pemilik akaun Facebook menggunakan literasi media dalam mengkonstruksi identiti dalam talian. Objektif kajian ini adalah untuk menganalisis bagaimana pengetahuan, emosi dan kemahiran membantu individu mengkonstruksi identiti kendiri dalam talian. Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan campuran untuk menyelidik bagaimana literasi media digunakan dalam mengkonstruksi identiti sebenar, unggul ataupun samaran dalam talian. Seramai 400 pelajar yang mengikuti program komunikasi di Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Malaya, Universiti Putra Malaysia dan Universiti Sains Malaysia dipilih sebagai responden dalam kajian tinjauan. Mereka menjawab borang soal selidik yang mengukur hubungan pemboleh ubah bebas dan bersandar dalam kajian ini. Hasil kajian merumuskan literasi media menyumbang kepada faktor terhadap konstruksi identiti dalam talian oleh seseorang individu. Sungguhpun demikian, terdapat faktor lain yang turut mempengaruhi konstruksi yang tidak diteroka dalam kajian ini. Justeru, kajian masa depan disyorkan melihat penerimaan orang lain terhadap identiti yang dikonstruksi oleh individu dalam talian.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Identiti dalam talian, literasi media, pengetahuan, emosi, kemahiran, unimas, university, universiti, Borneo, Malaysia, Sarawak, Kuching, Samarahan, ipta, education, research, Universiti Malaysia Sarawak.
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
H Social Sciences > HE Transportation and Communications
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Education, Language and Communication
Depositing User: Gani
Date Deposited: 03 Jan 2020 02:49
Last Modified: 24 Oct 2023 02:34
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/28661

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item