Ayam (gallus gallus domesticus) dalam peribahasa Melayu: Analisis semantik inkuisitif

Mary Fatimah, Binti Subet and Muhammad Zaid, Bin Daud (2019) Ayam (gallus gallus domesticus) dalam peribahasa Melayu: Analisis semantik inkuisitif. Jurnal Kemanusiaan, 17 (1). pp. 36-42. ISSN 2660-755X

[img] PDF
Ayam (gallus gallus domesticus) dalam peribahasa Melayu - Copy.pdf

Download (621kB)
Official URL: https://jurnalkemanusiaan.utm.my/index.php/kemanus...

Abstract

Kajian ini merupakan kajian semantik inkuisitif dalam menganalisis Peribahasa Melayu yang berasosiasi dengan leksikal ayam (Gallus gallus domesticus) dalam domain kebiasaan dan rezeki. Sebanyak 90 Peribahasa Melayu telah dikesan dalam Kamus Istimewa Peribahasa Melayu (2016) susunan Abdullah Hussain berkaitan dengan ayam. Bagi mencungkil makna sebenar peribahasa tersebut Rangka Rujuk Silang (RRS) telah diaplikasikan dengan berpandukan data korpus di Pangkalan Korpus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Malay Concordance Project (MCP). Dapatan kajian mendapati bahawa, sebanyak 73 peribahasa yang berunsurkan ayam secara umum dan 17 peribahasa yang berunsurkan ayam secara khusus telah diguna pakai sehingga kini. Oleh itu, kajian ini bukan sahaja dapat menghuraikan makna sebenar peribahasa tersebut, namun dapat memperlihatkan kearifan masyarakat Melayu pada zaman dahulu menggunakan unsur alam bagi mencerminkan sifat/kelakuan manusia secara berkias.

Item Type: E-Article
Uncontrolled Keywords: inquisitive semantic, chicken (Gallus gallus domesticus), proverbs, animals, Malay mind, unimas, university, universiti, Borneo, Malaysia, Sarawak, Kuching, Samarahan, ipta, education, research, Universiti Malaysia Sarawak.
Subjects: P Language and Literature > P Philology. Linguistics
P Language and Literature > PN Literature (General)
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Language Studies & Communication Studies
Depositing User: Gani
Date Deposited: 27 Dec 2019 01:41
Last Modified: 27 Dec 2019 01:41
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/28496

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item