Penentu Pergerakan Hasil Bon Kerajaan di Malaysia : Analisis Model Auto Regresif Lat Tertabur (ARDL) = (The Determinants of Government Bond Yield Movement in Malaysia : An Analysis of Autoregressive Distributed Lag Model)

Mazwinda, Mawardi and Zulkefly, Abdul Karim and Bakri, Abdul Karim (2019) Penentu Pergerakan Hasil Bon Kerajaan di Malaysia : Analisis Model Auto Regresif Lat Tertabur (ARDL) = (The Determinants of Government Bond Yield Movement in Malaysia : An Analysis of Autoregressive Distributed Lag Model). Asian Journal of Accounting and Governance, 12. pp. 1-12. ISSN 2180-3838

[img] PDF
BAKRI.pdf

Download (838kB)
Official URL: http://ejournals.ukm.my/ajac/article/view/35869/99...

Abstract

Pergerakan hasil bon kerajaan memainkan peranan yang penting kepada tadbir urus ekonomi sesebuah negara khususnya kepada pihak kerajaan, pelabur dan pengurus dana. Kadar hasil bon kerajaan yang relatif tinggi akan meningkatkan kos pembayaran kadar bunga oleh pihak kerajaan, dan jika berpanjangan situasi ini akan menjejaskan kedudukan kewangan kerajaan pada masa hadapan. Justeru, kajian ini bertujuan untuk menganalisis faktor-faktor yang mempengaruhi pergerakan kadar hasil bon kerajaan berdasarkan kepada tiga bentuk struktur tempoh kadar bunga iaitu bon jangka pendek, jangka sederhana dan jangka panjang. Model penentu kadar hasil bon telah dianalisis dengan menggunakan kaedah auto regresif lat tertabur (ARDL). Hasil kajian mendapati berlakunya kointegrasi atau hubungan jangka panjang antara pemboleh ubah defisit fiskal, hutang kerajaan, kadar pertukaran asing, dan kadar pertumbuhan ekonomi ke atas ketiga-tiga struktur tempoh hasil bon kerajaan tersebut. Selain itu, dalam jangka panjang, defisit fiskal, hutang kerajaan dan kadar pertukaran mempunyai pengaruh yang signifikan ke atas hasil bon kerajaan. Penemuan kajian ini menunjukkan penggubal dasar fiskal perlu lebih berhati-hati dalam mentadbir urus belanjawan defisit dan hutang negara, di samping peranan Bank Negara Malaysia dalam mengawal kestabilan kadar pertukaran asing bagi memastikan kestabilan kadar bunga bon-bon kerajaan untuk kepentingan negara.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Hasil bon; auto regresif lat tertabur (ARDL); model dana boleh pinjam, unimas, university, universiti, Borneo, Malaysia, Sarawak, Kuching, Samarahan, ipta, education, research, Universiti Malaysia Sarawak.
Subjects: H Social Sciences > HG Finance
H Social Sciences > HJ Public Finance
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Economics and Business
Depositing User: Abdul Karim
Date Deposited: 26 Dec 2019 03:46
Last Modified: 20 Apr 2021 23:41
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/28476

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item