Tradisi Lisan Timang Gawai Kelingkang Nanga Dalam Masyarakat Iban Di Sarawak: Satu Penelitian Awal (Oral Traditional of Timang Gawai Kelingkang Nanga among Iban Community in Sarawak: Pliminery Observation)

Jeniffer Empiang, Liman and Beatrice Anne, Saga and Noria, Tugang and Fujica, Anak Anggo (2019) Tradisi Lisan Timang Gawai Kelingkang Nanga Dalam Masyarakat Iban Di Sarawak: Satu Penelitian Awal (Oral Traditional of Timang Gawai Kelingkang Nanga among Iban Community in Sarawak: Pliminery Observation). Jurnal Dunia Pengurusan, 1 (3). pp. 30-35. ISSN 2682-8251

[img] PDF
7464-1393-24618-1-10-20191211 - Copy.pdf

Download (245kB)
Official URL: http://myjms.moe.gov.my/index.php/jdpg/article/vie...

Abstract

Masyarakat Iban merupakan sebuah masyarakat yang kaya dengan kepelbagaian budaya dan warisan. Tradisi lisan merupakan salah satu warisan yang harus diketengahkan oleh masyarakat Iban kepada masayarakat luar. Kebanyakan tradisi lisan yang digunakan dalam masyarakat Iban mempunyai tujuan dan fungsi yang tertentu seperti timang. Timang digunakan oleh individu tertentu dalam perlaksanaan gawai. Timang merupakan tradisi lisan yang bersifat folklore. Oleh itu, timang hanya digunakan oleh masyarakat Iban dalam perlaksanaan gawai yang berkaitan dengan kepercayaan mereka seperti Gawai Kelingkang Nanga. Gawai Kelingkang Nanga merupakan sebuah gawai yang berstatus tertinggi di antara gawai yang lain dan berkait dengan keberanian lelaki Iban. Gawai tersebut hanya dapat dilaksanakan oleh individu yang telah mengetuai rombongan ngayau dan dikenali sebagai Tuai Kayau atau Tuai Serang. Dalam kajian ini, penyelidik lebih fokus dengan makna tersirat yang terdapat dalam leka timang Gawai Kelingkang Nanga dan kaedah pelestarian yang harus dititikberatkan bagi mengekalkan kewujudan leka timang tersebut. Selain itu, penyelidikan ini juga menerangkan secara ringkas kepentingan adat beburung dalam kepercayaan masyarakat Iban semasa menjalankan ekspedisi ngayau. Hal ini bertujuan untuk generasi yang akan datang agar mengetahui tentang perayaan dan leka timang Gawai Kelingkang Nanga. Penyelidikan ini memperoleh data terus daripada informan yang pakar dalam bidang tradisi lisan dan pengamal seperti lemambang.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Tradisi lisan, Adat Beburung, Gawai Kelingkang Nanga, Kaedah Pelestarian, unimas, university, universiti, Borneo, Malaysia, Sarawak, Kuching, Samarahan, ipta, education, research, Universiti Malaysia Sarawak.
Subjects: N Fine Arts > NX Arts in general
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Applied and Creative Arts
Depositing User: Gani
Date Deposited: 16 Dec 2019 03:50
Last Modified: 16 Dec 2019 03:50
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/28303

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item