Aplikasi Atribut Sistem Penilaian Prestasi di Universiti Awam:Perspektif Pegawai Penilai dan Pegawai yang Dinilai

Jakheus, Bin Limasan (2019) Aplikasi Atribut Sistem Penilaian Prestasi di Universiti Awam:Perspektif Pegawai Penilai dan Pegawai yang Dinilai. Masters thesis, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

[img] PDF (Please get the password by email to repository@unimas.my , or call ext: 082-583914/3942/3933)
Jakheus.pdf
Restricted to Registered users only

Download (4MB) | Request a copy

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk memfokuskan aplikasi enam (6) atribut sistem penilaian prestasi universiti awam di Sarawak. Atribut yang dikaji adalah keadilan sistem, kejelasan sistem, kawalan kriteria penilaian, penyertaan pekerja, pengendalian sistem penilaian dan kredibiliti penilai. Pendekatan kajian adalah secara kualitatif. Sebanyak 60 surat temubual telah diedar di setiap fakulti di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) secara berperingkat. Daripada semua edaran tersebut hanya 13 informan yang berjaya ditemubual secara sukarela dan memberi kerjasama. Empat (4) informan terdiri daripada Pegawai Penilai Pertama (PPP) dalam kalangan Timbalan Dekan, empat (4) lagi adalah Pegawai Penilai Kedua (PPK) dalam kalangan Dekan dan lima (5) daripada Pegawai Yang Dinilai (PYD) terdiri dalam kalangan pensyarah. Data diambil menggunakan kaedah temubual separa struktur. Transkrip temubual telah dianalisis dengan menggunakan kaedah analisis kandungan iaitu secara tematik. Hasil isu utama dapatan kajian adalah penilaian yang subjektif bahagian sahsiah. Hasil kajian ini membawa kepada beberapa implikasi yang sangat penting kepada organisasi. Pertama, dengan adanya kepelbagaian perspektif dalam kalangan PPP, PPK dan PYD, ianya boleh diambil kira untuk penambahbaikan sistem penilaian prestasi. Sistem penilaian prestasi dapat diperbaiki berdasarkan strategi dan cadangan dalam penyelidikan. Isu yang wujud berkaitan atribut dapat dikenalpasti sekaligus dengan strategi menanganinya. Tahap pelaksanaan sistem penilaian prestasi masih pada tahap yang kurang adil. Dicadangkan bahawa pada masa akan datang kajian dijalankan di sektor swasta bagi melihat perbandingan sistem penilaian prestasi yang dijalankan di sektor awam. Selain itu, dicadangkan juga bahawa kajian akan datang menggunakan metodologi kajian berbentuk kaedah campuran (triangulation) iaitu menggabungkan pendekatan kajian secara kuantitatif dan kualitatif. Justeru itu, setiap cadangan hasil daripada kajian ini diharapkan dapat dimanfaatkan dan digunakan dengan sebaiknya untuk pengurusan dan pembangunan sesebuah organisasi di universiti awam. Kata kunci: Atribut sistem penilaian prestasi, aplikasi, pegawai penilai pertama, pegawai penilai kedua, pegawai yang dinilai.

Item Type: Thesis (Masters)
Additional Information: Thesis (MSc.) - Universiti Malaysia Sarawak , 2019.
Uncontrolled Keywords: Performance appraisal system attributes, application, first rater officer, second rater officer, ratees, unimas, university, universiti, Borneo, Malaysia, Sarawak, Kuching, Samarahan, ipta, education, Postgraduate, research, Universiti Malaysia Sarawak.
Subjects: H Social Sciences > HF Commerce
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Cognitive Sciences and Human Development
Faculties, Institutes, Centres > Faculty of Cognitive Sciences and Human Development
Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Cognitive Sciences and Human Development
Depositing User: JAKHEUS BIN LIMASAN
Date Deposited: 15 Oct 2019 00:28
Last Modified: 19 May 2023 03:29
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/27415

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item