Impak Globalisasi Komuniti Kraf : Paradigma Seni Wanita Melayu Sarawak

Shaari , N. and Suleiman , N. (2014) Impak Globalisasi Komuniti Kraf : Paradigma Seni Wanita Melayu Sarawak. Working Paper. Universiti Malaysia Sarawak, (UNIMAS). (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
Impak Globalisasi Komuniti Kraf Paradigma Seni Wanita Melayu Sarawak.pdf

Download (13kB) | Preview

Abstract

Seni dan budaya di kalangan masyarakat Melayu bertitik tolak daripada pelbagai pengaruh dari luar melalui pengalaman yang diwarisi serta gaya hidup seharian. Ia memainkan peranan penting dalam membina tradisi Melayu yang lebih kreatif, inovatif dan dinamik. Melalui proses transformasi inilah berlakunya paradigma seni kraf dalam masyarakat wanita Melayu moden hari ini dari segi penghasilan seni kraf iaitu melalui pengaplikasian teknologi, pengabungan ilmu yang universal baru dan lama. Walaubagaimana pesatnya transformasi budaya tersebut di dalam masyarakat Melayu, struktur sosial dari segi adat, seni dan tradisi tetap dipertahankan. Kajian ini melibatkan penganalisaan pegerakan seni wanita Melayu di Sarawak serta cabaran seni tekstil dan kraf komuniti Sarawak di dalam menjanakan ekonomi keluarga selari dengan pertumbuhan budaya popular moden. Ia juga mengenalpasti keistimewaan dan identiti seni budaya tersebut dalam menghadapi pasaran global berlandaskan pengubalan Dasar Kerajaan. Hasil dapatan kajian mendapati perkembangan seni tesktil dan kraf bagi kaum wanita di Sarawak adalah tidak statis. Ini adalah disebabkan penerapan konsep perkongsian ilmu secara terbuka bagi mengisi kestabilan antara tradisi dan perubahan moden yang lebih kompetitif dan rasional. Terdapat dua proses utama yang dikenalpasti di kalangan komuniti kraf wanita Melayu Sarawak dalam penghasilan kesenian mereka iaitu proses akulturasi dan proses asimilasi. Mereka menjadikan pengalaman seni kerajinan tangan tekstil sebagai teras kepada pengekalan identiti Melayu yang mana penggabungan unsur-unsur lama dan baru diterapkan di dalam kraf mereka. Penubuhan persatuan-persatuan dan pusat kemahiran anjuran sektor awam dan swasta seperti persatuan ibu tunggal, W.I, Koperasi Wanita Sarawak, pusat pembangunan jati diri, pusat latihan belia, kraftangan dan sebagainya, telah memberi peluang kepada wanita di Sarawak untuk menjana pendapatan sendiri dan secara langsung mempertingkatkan ekonomi negara.

Item Type: Monograph (Working Paper)
Uncontrolled Keywords: Craft, arts, Malay culture, Malay women, unimas, university, universiti, Borneo, Malaysia, Sarawak, Kuching, Samarahan, ipta, education, research, Universiti Malaysia Sarawak
Subjects: T Technology > TT Handicrafts Arts and crafts
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Applied and Creative Arts
Depositing User: Karen Kornalius
Date Deposited: 19 May 2014 07:41
Last Modified: 21 Apr 2016 07:15
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/2703

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item