Semantik Inkuisitif dan Penggabungjalinannya dengan Pendidikan Melalui Kaedah Pengajaran Peribahasa Melayu

Mohd Ridzuan, Bin Md Nasir (2019) Semantik Inkuisitif dan Penggabungjalinannya dengan Pendidikan Melalui Kaedah Pengajaran Peribahasa Melayu. Masters thesis, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

[img] PDF (Please get the password by email to repository@unimas.my , or call ext: 3914 / 3942 / 3933)
Semantik Inkuisitif dan Penggabungjalinannya dengan Pendidikan.pdf
Restricted to Registered users only

Download (2MB) | Request a copy

Abstract

Pelbagai usaha telah dilakukan untuk melestarikan kelangsungan peribahasa Melayu. Walau bagaimanapun, semua usaha ini dilihat haruslah bermula pada peringkat sekolah lagi. Semantik inkuisitif merupakan satu pendekatan kajian makna peribahasa yang melibatkan data, teori, kognitif, falsafah dan akal budi dapat digunakan untuk memahami makna peribahasa sehingga akar umbi. Kajian ini bertujuan menggabungjalinkan pendekatan semantik inkuisitif dengan kandungan pengajaran peribahasa melalui pendidikan subjek Bahasa Melayu. Kajian berbentuk kualitatif ini menggunakan data peribahasa yang diambil daripada sukatan pelajaran Bahasa Melayu tingkatan satu hingga tingkatan lima. Data peribahasa ini dikelaskan mengikut tema-tema yang diperoleh daripada kamus peribahasa. Seterusnya, Rangka Rujuk Silang (RRS) diaplikasikan mengikut kesesuaian konteks pengajaran subjek Bahasa Melayu. Penganalisisan ini juga menggunakan data korpus di Pangkalan Korpus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan buku-buku teks Bahasa Melayu sekolah menengah, Kementerian Pendidikan Malaysia bagi tujuan pengesahan data. Hasil kajian ini mendapati dengan penggabungjalinan semantik inkuisitif ke dalam kandungan pengajaran peribahasa, pengkaji dapat mencungkil falsafah dan akal budi penutur jati di sebalik makna harfiah peribahasa tersebut dan menjadikan kandungan pembelajaran peribahasa lebih bermakna. Kajian seperti ini dilihat dapat memperkenalkan satu pendekatan baharu pengajaran peribahasa di samping membantu guru Bahasa Melayu untuk mempelbagaikan kaedah pengajaran di dalam bilik darjah.

Item Type: Thesis (Masters)
Additional Information: Thesis (MSc.) - Universiti Malaysia Sarawak , 2019.
Uncontrolled Keywords: Semantik Inkuisitif, Peribahasa Melayu, pendidikan, unimas, university, universiti, Borneo, Malaysia, Sarawak, Kuching, Samarahan, ipta, education, Postgraduate, research, Universiti Malaysia Sarawak.
Subjects: L Education > L Education (General)
P Language and Literature > PN Literature (General)
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Language Studies & Communication Studies
Faculties, Institutes, Centres > Faculty of Language Studies & Communication Studies
Depositing User: MOHD RIDZUAN BIN MD NASIR
Date Deposited: 28 Aug 2019 04:40
Last Modified: 21 Mar 2023 08:48
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/26631

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item