Pengurusan Warisan dan Budaya Masyarakat Iban: Miring

Bilon@Senang, Bibiana Motey (2019) Pengurusan Warisan dan Budaya Masyarakat Iban: Miring. Masters thesis, Faculty of Applied and Creative Arts.

[img] PDF
Perakuan,Penghargaan,Abstrak,Isi Kandungan.pdf

Download (203kB)
[img] PDF
Muka Depan.pdf

Download (58kB)

Abstract

Penyelidikan ini adalah berkenaan dengan ritual miring yang dilaksanakan oleh masyarakat Iban di Daerah Saratok, Betong, Sarawak. Amalan dan cara hidup masyarakat Iban adalah berlandaskan hukum adat, pantang larang dan juga tolak ansur. Ritual miring merupakan salah satu adat dan budaya yang cukup sinonim dengan kaum Iban. Miring ialah salah satu upacara persembahan atau berdoa kepada Tuhan atau Petara untuk membuat pemujaan, rayuan, permohonan, seruan, hajat, hasrat ataupun doa kepada Petara dan kuasa luar biasa yang lain. Pelaksanaan ritual miring memerlukan pengurusan yang rapi kerana melibatkan penggunaan pelbagai jenis bahan, peralatan dan prosedur tertentu mengikut kategori ritual. Prosedur tersebut harus diikuti supaya tidak memberi kesan buruk terhadap individu yang mengendalikan ritual tersebut. Masyarakat Iban juga sangat percaya kepada petanda yang disampaikan oleh petara melalui burung-burung alamat, pergerakan binatang, kejadian aneh dan mimpi. Petanda tersebut dapat menentukan nasib seseorang yang mendengar dan melihat petanda burong tersebut. Petara menggunakan burung alamat sebagai perantaraan dengan manusia. Alamat daripada burung-burung, pergerakan binatang, mimpi dan kejadian aneh yang dilihat oleh manusia dianggap sebagai petanda yang mengandungi amaran daripada Petara. Petanda (burong) tersebut mempunyai perkaitan dalam kehidupan masyarakat Iban terutamanya dalam peperangan, pertanian, perkahwinan, pembinaan rumah panjang baru dan penenunan Pua Kumbu. Petanda tersebut perlu disambut dengan ritual miring untuk mengelakkan masyarakat Iban ditimpa sebarang musibah. Namun kini ritual miring telah mengalami perubahan ekoran daripada perubahan budaya. Perubahan budaya sedikit sebanyak telah memberi impak terhadap adat dan budaya masyarakat Iban terutamanya ritual miring. Perubahan tersebut merangkumi kategori piring, bahan dan peralatan miring serta lokasi. Walau bagaimanapun masyarakat Iban mempunyai persepsi tersendiri mengenai perubahan dalam pelaksanaan ritual miring. Meskipun wujud sedikit perubahan dalam ritual miring, namun segala unsur kepercayaan terhadap ritual miring masih mendapat tempat di hati sesetengah masyarakat Iban sehingga sekarang. Kata kunci: Ritual, Miring, budaya, masyarakat Iban dan perubahan

Item Type: E-Thesis (Masters)
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > GN Anthropology
N Fine Arts > NX Arts in general
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Applied and Creative Arts
Depositing User: BIBIANA MOTEY ANAK BILON@SENANG
Date Deposited: 13 Aug 2019 14:27
Last Modified: 06 Jan 2020 02:18
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/26378

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item