Persekitaran Keluarga Kanak-kanak Generasi Z: Satu Kajian Kes di Sebuah Sekolah Kebangsaan Agama di Sarawak

Mohamad Azizi, Bin Anding (2019) Persekitaran Keluarga Kanak-kanak Generasi Z: Satu Kajian Kes di Sebuah Sekolah Kebangsaan Agama di Sarawak. Masters thesis, Universiti Malaysia Sarawak.

[img] PDF (Please get the password from ACADEMIC REPOSITORY UNIT, ext: 082-583932/ 082-583914)
Persekitaran Keluarga Kanak-kanak Generasi Z.pdf
Restricted to Registered users only

Download (2MB) | Request a copy

Abstract

Kajian ini bertujuan meneroka persekitaran keluarga bagi kanak-kanak Generasi Z yang lahir antara tahun 1998 hingga 2012. Generasi Z juga dikenali sebagai generasi teknologi yang membesar dalam dunia yang sememangnya berhubung menerusi teknologi. Kajian ini dijalankan di sebuah sekolah kebangsaan agama di Kuching yang mencapai status Sekolah Kluster Kecemerlangan Fasa 5. Kajian ini adalah kajian kes yang menggunakan kaedah kualitatif untuk mengumpul data dan melibatkan seramai 20 orang peserta kajian. Peserta kajian terdiri daripada ibu atau bapa yang mempunyai anak yang berumur antara 10 hingga 12 tahun dan bersekolah di sekolah agama tersebut. Dalam kajian ini, para peserta kajian ditemu bual secara individu bagi mendapatkan data kajian secara terperinci. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan kaedah analisis tematik. Terdapat tiga tema utama dalam kajian ini iaitu: (1) Perubahan-perubahan keluarga yang dialami oleh ibu bapa, (2) Persekitaran keluarga kanak-kanak Generasi Z, dan (3) Trend didikan ibu bapa terhadap anak-anak Generasi Z. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat beberapa perubahan yang dialami oleh ibu bapa yang dapat dikenal pasti iaitu dari segi kepatuhan anak, fokus ibu bapa dan cabaran yang dihadapi bagi membesarkan anak-anak Generasi Z. Persekitaran keluarga kanak-kanak Generasi Z adalah jelas dari segi peranan ibu dan bapa yang berbeza, aktiviti yang dilakukan secara bersama, komunikasi dan penekanan dalam aspek kerohanian dalam keluarga. Ibu bapa bagi kanak-kanak Generasi Z gemar melatih anak-anak untuk hidup berdikari, sering berbincang dengan anak, tegas, dan sering menyokong serta memahami anak-anak mereka. Hasil kajian ini juga menunjukkan bahawa terdapatnya interaksi antara aspek perubahan kehidupan keluarga yang dialami oleh ibu bapa sekarang, persekitaran keluarga anak-anak Generasi Z dan trend didikan anak-anak Generasi Z. Secara umumnya, hasil kajian ini amat berguna bagi ibu bapa, para guru dan kaunselor bagi menjalankan program dan intervensi sebagai panduan bagi membesarkan anak-anak Generasi Z.

Item Type: Thesis (Masters)
Additional Information: Thesis (MSc.) - Universiti Malaysia Sarawak, 2019.
Uncontrolled Keywords: Family environment, Z generation children, parenting trend, changes in family, parents’ challenges, technology, unimas, university, universiti, Borneo, Malaysia, Sarawak, Kuching, Samarahan, ipta, education, Postgraduate, research, Universiti Malaysia Sarawak.
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology
H Social Sciences > H Social Sciences (General)
H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Cognitive Sciences and Human Development
Depositing User: MOHAMAD AZIZI BIN ANDING
Date Deposited: 04 Jul 2019 03:03
Last Modified: 10 Jun 2020 05:06
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/25520

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item