Pengetahuan Teknologi Pedagogi Kandungan Guru Sains Sekolah Menengah

Akun, Joshua Caseley (2019) Pengetahuan Teknologi Pedagogi Kandungan Guru Sains Sekolah Menengah. PhD thesis, Universiti Malaysia Sarawak.

[img] PDF (Please get the password by email to repository@unimas.my , or call ext: 082-583914/3973/3933)
Joshua Caseley Anak Akun ft.pdf
Restricted to Registered users only

Download (5MB) | Request a copy

Abstract

Perkembangan teknologi mampu membawa perubahan yang ketara tentang cara sains diajar dan dipelajari. Teknologi menawarkan peluang meneroka fenomena semula jadi yang mungkin sukar atau mustahil untuk dilihat serta membolehkan murid melaksanakan eksperimen yang sukar, terlalu mahal dan berbahaya untuk dilaksanakan dengan cara biasa. Bagaimanapun, guru perlu memahami cara teknologi boleh dihubungkaitkan dengan pedagogi dan kandungan supaya teknologi dapat digunakan secara berkesan di dalam bilik darjah. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk meninjau persepsi guru sains sekolah menengah terhadap Pengetahuan Teknologi Pedagogi Kandungan (TPACK). Kajian ini menggunakan pendekatan kajian secara gabungan menerusi tinjauan awal yang melibatkan 408 orang guru sains dan diikuti oleh temu bual separa berstruktur terhadap empat orang peserta kajian yang terpilih. Data dan analisis mendedahkan bahawa guru sains umumnya mempunyai persepsi yang tinggi tentang pemahaman mereka terhadap komponen-komponen pengetahuan TPACK. Guru sains mempunyai skor min yang tinggi bagi CK, PK, TK dan PCK kecuali TCK, TPK dan TPACK yang berada pada tahap sederhana. Selain itu, kajian ini juga menunjukkan terdapat hubungan antara persepsi guru sains terhadap TPACK dengan ciri demografi seperti jantina, pengalaman mengajar dan umur guru. Model Persamaan Berstruktur (SEM) yang dicadangkan berdasarkan kerangka TPACK telah menyokong sembilan daripada dua belas hipotesis tentang hubungan antara komponen-komponen TPACK. Keputusan menunjukkan bahawa kesan pengaruh pengetahuan teras iaitu CK, PK dan TK adalah tidak langsung, tetapi menerusi komponen lapisan kedua (PCK, TCK dan TPK). Penerokaan lanjut dalam fasa kualitatif telah mengesahkan dapatan ini dan mengenal pasti sifat hubungan antara komponen-komponen TPACK. Penemuan bukti-bukti mendedahkan bahawa guru-guru sains menggunakan teknologi dalam pelbagai cara namun kebanyakan mereka menggunakannya untuk menerangkan konsep sains, berkongsi maklumat dan mendapatkan maklum balas murid. Ini bermakna tujuan guru menggunakan teknologi ialah untuk membina pemahaman murid, meningkatkan minat dan merangsang penglibatan murid dalam pembelajaran sains. Kajian ini mencadangkan supaya program Pembangunan Profesionalisme Guru harus beralih daripada memperkaya kemahiran teknologi kepada penekanan cara yang sesuai menggunakan teknologi dalam mencapai matlamat pengajaran dan hasil pembelajaran murid.

Item Type: Thesis (PhD)
Additional Information: Thesis (PhD.) -- Universiti Malaysia Sarawak, 2019.
Uncontrolled Keywords: Technological Pedagogical Content Knowledge, science teacher, secondary school, Teacher Profesional development, unimas, university, universiti, Borneo, Malaysia, Sarawak, Kuching, Samarahan, ipta, education, Postgraduate, research, Universiti Malaysia Sarawak.
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB1603 Secondary Education. High schools
L Education > LB Theory and practice of education > LB2361 Curriculum
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Cognitive Sciences and Human Development
Faculties, Institutes, Centres > Faculty of Cognitive Sciences and Human Development
Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Cognitive Sciences and Human Development
Depositing User: JOSHUA CASELEY AK AKUN
Date Deposited: 24 May 2019 07:00
Last Modified: 17 Apr 2024 02:50
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/25162

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item