Persembahan bangsawan di Sarawak

Nur Afifah Vanitha, Binti Abdullah (2011) Persembahan bangsawan di Sarawak. Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Kota Samarahan, Sarawak. ISBN 9789675527234.

[img] PDF
Persembahan bangsawan di Sarawak (24 pgs).pdf

Download (6MB)
Official URL: https://onlineshop.unimas.my/unimaspublisher/index...

Abstract

Persembahan bangsawan mula dipentaskan di Sarawak sekitar awal abad ke-20 oleh kumpulan-kumpulan bangsawan dari Tanah Melayu dan Singapura. Teater Melayu ini komersial sifatnya segera muncul popular dalam kalangan masyarakat tempatan ketika itu. Sekitar 1930-an, masyarakat tempatan negeri ini mula mementaskan bangsawan, terutamanya di kampung-kampung Melayu di sepanjang kawasan persisir pantai Sarawak. Apa yang menarik adalah sebelum ini, ramai yang kurang mengetahui bahawa masyarakat tempatan Sarawak memilik tradisi penganjuran persembahan bangsawannya yang tersendiri. Apakah kaedah dan tujuan persembahan bangsawan masyarakat ini sama dengan pementasan bangsawan yang dianjurkan oleh kumpulan-kumpulan bangsawan dari Tanah Melayu dan Singapura? Buku ini menyediakan jawapan kepada persoalan tersebut dengan memperincikan perkembangan dan perubahan bangsawan di Sarawak selari dengan suasana ekonomi, politik, dan sosial masyarakat melayu tempatan 1914-2004. Persembahan bangsawan di Sarawak dibincangkan mengikut emoat fasa perkembangannya iaitu, bangsawan Tanah Melayu dan Singapura, bangsawan Kampung, bangsawan era 1980-an, dan bangsawan Sarawak. Penerbitan buku ini adalah sebahagian daripada usaha melengkapkan jurang ilmu persembahan bangsawan di Malaysia, khususnya di Sarawak.

Item Type: Book
Uncontrolled Keywords: Bangsawan Sarawak, Theatre, unimas, university, universiti, Borneo, Malaysia, Sarawak, Kuching, Samarahan, ipta, education, , research, Universiti Malaysia Sarawak.
Subjects: N Fine Arts > N Visual arts (General) For photography, see TR
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Applied and Creative Arts
Faculties, Institutes, Centres > Faculty of Applied and Creative Arts
Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Applied and Creative Arts
Depositing User: Gani
Date Deposited: 27 Feb 2019 08:44
Last Modified: 27 Feb 2019 08:44
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/23710

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item