Impak Nasional : Program Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) Tidak Formal di Malaysia

Ting, Su Hie and Siti Halipah, Ibrahim and Azhaili, Baharun and Rohaida, Affandi and Wan Azlan, Wan Zainal Abidin and Sim, Edmund Ui-Hang (2015) Impak Nasional : Program Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) Tidak Formal di Malaysia. Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Kota Samarahan, Sarawak.

[img] PDF
Impak Nasional ; Program Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) - 24 pgs.pdf

Download (1MB)

Abstract

Merujuk kepada Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN), pembudayaan pembelajaran sepanjang hayat (PSH) merupakan Teras ke-6 bagi membolehkan individu memperolehi kemahiran baharu dan meningkatkan kemahiran sedia ada, serta dalam proses tersebut memperolehi manfaat sosioekonomi. Dalam aspek ini, peningkatan dalam kompetensi pekerja dijangka membolehkan Malaysia beralih daripada sektor pembuatan elektronik dan barangan perkilangan, ke sektor pembuatan barangan berasaskan pengetahuan intensif (knowledge-intensiJied goods). Kemajuan ke arah ekonomi berasaskan pengetahuan dalam era ICT, akan merealisasikan impian Malaysia untuk menjadi sebuah negara maju pada tahun 2020. Sehubungan dengan itu, kerajaan telah meningkatkan pelaburan dalam program PSH melalui pelbagai agensi kerajaan untuk membudayakan PSH dalam' kalangan rakyat Malaysia. Namun begitu, maklumat mengenai kerelevanan program PSH dalam latihan semula (reskilling) dan peningkatan kemahiran (upskilling) bagi peserta, hanya dapat diperolehi daripada maklum balas yang diberikan oleh peserta pada hari terakhir program PSH. Hasil maklum balas tersebut merupakan jangkaan peserta tentang kerelevanan kemahiran dan pengetahuan yang dipelajari. Buat masa ini, pola penyertaan dalam program PSH belum dikaji dan maklumat ini penting untuk mengenal pasti kesedaran awam dan ekuiti dalam peluang untuk menyertai program PSH (Strategi 2 PSPTN).

Item Type: Book
Uncontrolled Keywords: Pembelajaran sepanjang hayat, tidak formal, manfaat kewangan, manfaat bukan kewangan, manfaat sosioekonomi, sektor NKEA, unimas, university, universiti, Borneo, Malaysia, Sarawak, Kuching, Samarahan, ipta, education, , research, Universiti Malaysia Sarawak.
Subjects: L Education > L Education (General)
L Education > LC Special aspects of education
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Education, Language and Communication
Depositing User: Gani
Date Deposited: 10 Jan 2019 03:01
Last Modified: 02 Nov 2023 07:08
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/23066

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item