Ke Arah Keberkesanan Penggunaan Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sains : Peranan Guru Sebagai Penguasa Pengetahuan

Joshua Caseley, Anak Akun and Fitri Suraya, Binti Mohamad (2018) Ke Arah Keberkesanan Penggunaan Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sains : Peranan Guru Sebagai Penguasa Pengetahuan. In: Konvensyen kebangsaan Kali ke-2 : Program Transformasi Sekolah 2025 [TS25] Tahun 2018, 1-3 Oktober 2018, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor.

[img] PDF
Ke Arah Keberkesanan Penggunaan Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sains - Copy.pdf

Download (384kB)
Official URL: http://bit.ly/kk2ts25

Abstract

Kajian ini mengetengahkan kesedaran berkaitan kompetensi pengetahuan guru untuk menggunakan teknologi secara berkesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran Sains. Perkembangan teknologi mampu membawa perubahan yang ketara tentang cara Sains diajar dan dipelajari. Teknologi menawarkan peluang dalam meneroka fenomena semula jadi yang mungkin sukar atau mustahil untuk dilihat di samping membolehkan pelajar melaksanakan eksperimen yang sukar, terlalu mahal dan berbahaya untuk dilaksanakan dengan cara biasa. Walau bagaimanapun guru perlu memiliki pengetahuan tentang apa, di mana dan bagaimana pengajaran Sains dengan mengaplikasikan teknologi. Model Technological Pedagogical Content Knowledge-TPACK (Mishra & Koehler, 2006) diguna pakai dalam kajian ini untuk mengartikulasikan keupayaan guru menghubungkan pengetahuan berkaitan teknologi, pedagogi dan kandungan subjek. Model TPACK menyediakan mekanisme yang jelas untuk mengkaji dan memahami aspek kognitif guru dalam mengenal pasti ciri-ciri keupayaan teknologi bagi membantu meningkatkan keberkesanan penyampaian pengajaran. Sehubungan itu, pembangunan profesionalisme guru yang melibatkan Latihan Dalam Perkhidmatan bukan sahaja perlu menekankan aspek penguasaan kemahiran teknologi pendidikan semata-mata malah juga kompetensi guru untuk menghubungkaitkan teknologi dengan strategi pengajaran dan kandungan pelajaran.

Item Type: Proceeding (Paper)
Uncontrolled Keywords: Pengetahuan guru, Model Technological Pedagogical Content Knowledge (TPACK), pengajaran Sains, Latihan Dalam Perkhidmatan, unimas, university, universiti, Borneo, Malaysia, Sarawak, Kuching, Samarahan, ipta, education, research, Universiti Malaysia Sarawak.
Subjects: L Education > L Education (General)
T Technology > T Technology (General)
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Cognitive Sciences and Human Development
Depositing User: Gani
Date Deposited: 07 Jan 2019 01:32
Last Modified: 07 Jan 2019 01:32
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/22913

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item