Komunikasi Lelucon Tok Nan : Denotasi dan Konotasi Semantik Yang Signifikan

Fatimah, Binti Hj Subet and Nurul Jannah, Binti Roslan (2018) Komunikasi Lelucon Tok Nan : Denotasi dan Konotasi Semantik Yang Signifikan. International Journal of Academic Research in Business and Social Sciences, 8 (14). pp. 1-10. ISSN 2222-6990

[img] PDF
KOMUNIKASI LELUCON TOK NAN ; DENOTASI DAN KONOTASI SEMANTIK YANG SIGNIFIKAN .pdf

Download (139kB)
Official URL: http://hrmars.com/index.php/pages/detail/IJARBSS

Abstract

Bahasa yang lucu menarik perhatian audiens jika perucap mampu menggunakannya sepanjang masa berucap berlangsung. Allahyarham Datuk Patinggi Tan Sri Datuk Amar Hj.Adenan Hj Satem atau lebih mesra dikenali dengan panggilan Tok Nan, Ketua Menteri Sarawak yang ke-5 didapati banyak menggunakan lelucon dalam ucapan beliau. Ucapan-ucapan beliau menarik perhatian audiens dan sering mengundang gelak ketawa. Kertas kerja ini mengenal pasti bahasa-bahasa lelucon yang terdapat dalam ucapan beliau, menganalisis makna implisit di sebalik penggunaan lelucon ini dan mengemukakan alasan di sebalik penggunaan bahasa lelucon dalam ucapan beliau. Sebanyak 15 teks ucapan Tok Nan dikaji dan ditranskripsi. Katakata dan ujaran yang didapati mengandungi unsur lelucon dikenal pasti dan dipilih secara rawak untuk dianalisis. Analisis dilakukan dengan menggunakan pendekatan analisis makna denotasi dan konotasi dalam bidang semantik. Kajian mendapati unsur lelucon yang digunakan terdiri daripada gabungan beberapa bahasa atau dialek. Kajian juga mendapati ucapan-ucapan beliau mempunyai makna tertentu yang hendak disampaikan kepada pendengar, tetapi disampaikan dalam keadaan berseloroh. Didapati juga, kata-kata lucu yang beliau gunakan wujud dan sinonim dengan masyarakat yang berbilang kaum di Sarawak. Kata-kata berkenaan dikongsi secara kolektif oleh penduduk negeri Sarawak dan oleh itu mudah difahami. Kata-kata lucu ini diterima dengan baik oleh audiens kerana kata-kata ini berfungsi secara tidak langsung untuk menghiburkan hati audiens yang mendengar ucapan tanpa sebarang sikap prejudis.

Item Type: E-Article
Uncontrolled Keywords: Tok Nan, Semantik, Makna Denotasi, Makna Konotasi, Ucapan, unimas, university, universiti, Borneo, Malaysia, Sarawak, Kuching, Samarahan, ipta, education, , research, Universiti Malaysia Sarawak.
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > B Philosophy (General)
P Language and Literature > P Philology. Linguistics
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Language Studies & Communication Studies
Depositing User: Gani
Date Deposited: 17 Dec 2018 03:31
Last Modified: 23 Jan 2019 08:15
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/22794

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item