‘Berisik’ dan ‘Bepetit’: Kajian Bahasa Halus Masyarakat Melayu Sarawak

Hamidah, Abdul Wahab and Imran Ho, Abdullah and Khazriyati, Salehuddin and Mohammed Azlan, Mis (2018) ‘Berisik’ dan ‘Bepetit’: Kajian Bahasa Halus Masyarakat Melayu Sarawak. International Journal of Academic Research in Business and Social Sciences, 8 (14). pp. 16-23. ISSN 2222-6990

[img] PDF
‘BERISIK’ DAN ‘BEPETIT’ ; KAJIAN BAHASA HALUS MASYARAKAT MELAYU SARAWAK .pdf

Download (303kB)
Official URL: http://hrmars.com/index.php/journals/journaldetail...

Abstract

Bahasa halus atau eufemisme merupakan salah satu strategi berbahasa yang lazimnya berperanan untuk menjaga sensitiviti penutur dan pendengar mengenai sesuatu isu yang boleh menimbulkan rasa malu, menyinggung perasaan dan seumpamanya. Kajian bahasa halus dalam makalah ini memfokus kepada penggunaan bahasa dalam domain kewanitaan, iaitu kehamilan. Bahasa halus bagi kehamilan dikaji untuk menunjukkan bahawa penggunaan bahasa dalam masyarakat ini mempunyai hubungan yang erat dari sudut makna dan budaya Melayu yang berlandaskan agama Islam. Data bahasa halus berkaitan kehamilan diperoleh menerusi kajian lapangan di Kampung Buntal, Kuching Sarawak, menggunakan kaedah soal selidik dan temu bual melibatkan dua orang informan wanita dan dua orang informan lelaki Melayu. Data kajian dianalisis dari sudut semantik kognitif, iaitu satu cabang kajian linguistik yang meneliti aspek bahasa dari sudut pemaknaan dan pemikiran penutur berlandaskan pengalaman dan persekitaran mereka. Menerusi kerangka semantik kognitif, skema imej (Lakoff 1987) diterapkan dalam analisis data oleh sebab kesesuaiannya dalam meneliti pengkonsepsian penutur, sejajar dengan hubungan penggunaan bahasa ini yang berkait rapat dengan pengalaman seharian. Dapatan kajian ini memperlihatkan wujudnya kata-kata bersifat halus.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Sexually Transmitted Infections, Adolescents, Sarawak, bahasa halus, kehamilan, semantik kognitif, skema imej, Melayu Sarawak, unimas, university, universiti, Borneo, Malaysia, Sarawak, Kuching, Samarahan, ipta, education, research, Universiti Malaysia Sarawak.
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
P Language and Literature > P Philology. Linguistics
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Education, Language and Communication
Depositing User: Gani
Date Deposited: 17 Dec 2018 01:24
Last Modified: 30 Oct 2023 01:21
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/22781

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item