Al-Quran dan Neurosains: Kesan Frekuensi Bunyi daripada Bacaan Al-Quran terhadap Gelombang

Norsiah, Fauzan (2018) Al-Quran dan Neurosains: Kesan Frekuensi Bunyi daripada Bacaan Al-Quran terhadap Gelombang. In: Nadwah Ulama Nusantara (NUN) VIII 2018, 24-25 October 2018, Riverside Majestic Kuching.

[img] PDF
Al Quran dan Neurosains (abstract).pdf

Download (476kB)
Official URL: http://www.ukm.my/nun/prosiding/

Abstract

Kertas kerja ini membincangkan tentang gelombang bunyi atau frekuensi bunyi daripada Al Quran dan perkatiannya dengan gelombang otak. Bunyi-bunyi daripada Quran ini boleh mengubah struktur dan hubungan antara neuron atau setiap lobul otak. Yang paling penting ialah pengaktifan bahagian bahagian otak implikasi daripada pelbagai bunyi daripada pelbagai frekuensi surah yang dibaca daripada Al-Quran . Malah setiap sel dalam badan kita juga mengandungi atom atom yang dikelilingi oleh elektron negatif yang putarannya akan menghasilkan medan kuasa elektrik dan magnetik. Apa yang merangsangkan kita berfikir adalah wujudnya sistem ini yang memberi kesan kepada anggota tubuh badan kita. Untuk mengaktifkan sistem ini supaya seimbang memerlukan getaran atau gelombang bunyi agar keseimbangan tubuh dapat dikembalikan harmoni seperti sediakala. Kecepatan getaran di udara mencapai 340 meter per saat. Getaran atau gelombang dalam pendengaran manusia ialah di sekitar 20 hingga 20,000 ribu getaran per saat. Apabila gelombang tersebut melalui telinga, berlakunya proses perubahan yang dinamakan sebagai proses “transduction”. Isyarat elektrikal ini menjadi isyarat tenaga elektrikal yang diukur dalam Hertz dan bergerak melalui saraf auditori terus ke bahagian otak tengah sehingga mendapat tindak balas daripada sel-sel daripada pelbagai bahagian otak yang secara serentak menterjemahkan isyarat yang diterima dalam bahasa yang difahami oleh sel-sel tubuh manusia. Isyarat-isyarat ini akan memerintahkan anggota tubuh untuk mendapatkan tindak balasnya. Secara amnya, apabila sel tubuh manusia mendengar getaran bunyi atau suara, ia akan bertindak balas untuk pengaturcaraan kepada frekuensi yang lebih normal. Kertas ini turut membincangkan tentang rakaman gelombang otak ketika mendengar Surah Al fatihah .Rakaman menunjukkan gelombang dominan adalah gelombang delta, gelombang penyembuhan . Gelombang delta boleh menghasilkan hormone pertumbuhan dan peningkatan Melatonin untuk penyembuhan sel-sel yang rosak sesuai dengan surah Al fatihan sebagai ayat syifa

Item Type: Proceeding (Paper)
Uncontrolled Keywords: Al Quran, Neurosains, frekuensi bunyi, Gelombang otak, unimas, university, universiti, Borneo, Malaysia, Sarawak, Kuching, Samarahan, ipta, education, research, Universiti Malaysia Sarawak.
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Q Science > Q Science (General)
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Cognitive Sciences and Human Development
Depositing User: Fauzan
Date Deposited: 17 Dec 2018 02:14
Last Modified: 17 Dec 2018 02:14
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/22776

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item