Pengaruh gaya asuhan ibu bapa terhadap gejala ponteng sekolah

Diana, Wulandari and Lee, Jun Choi and Sawan, @ Mohammad Syawal Narawi (2018) Pengaruh gaya asuhan ibu bapa terhadap gejala ponteng sekolah. Journal of Education and Social Sciences, 9 (2). pp. 11-22. ISSN 2289-9855

[img]
Preview
PDF
Jesoc Issue 2 Vol 9 2018 Diana - (abstrak).pdf

Download (154kB) | Preview
Official URL: http://jesoc.com/

Abstract

Gejala ponteng sekolah dalam kalangan pelajar sekolah menengah merupakan salah satu masalah di dalam dunia pendidikan sejak dari dulu lagi dan boleh menjadi semakin serius sekiranya tidak dikawal. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti adakah gaya asuhan ibu bapa (autoritarian, autoritatif, dan permisif) mempengaruhi gejala ponteng sekolah dalam kalangan pelajar Sekolah Menengah Atas (SMA) di Bandar Malang Indonesia. Sampel kajian terdiri daripada 500 pelajar Sekolah Menengah Atas (SMA) yang pernah ponteng sekolah minimum tiga kali dalam satu semester di lima daerah iaitu Sukun, Kedungkandang, Blimbing, Klojen dan Lowokwaru di Bandar Malang ndonesia. Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah set soal selidik PAQ (Parental Authority Question) yang mempunyai nilai kebolehpercayaan Cronbach Alfa = 0.82. Statistik deskriptif iaitu kekerapan, peratus, min dan sisihan piawai digunakan untuk menganalisis jantina, tahap perlakuan ponteng, umur, dan pekerjaan ibu bapa. Statistik inferensi iaitu regresi linear berganda digunakan untuk menganalisis gaya asuhan ibu bapa yang paling dominan dan signifikan terhadap gejala ponteng sekolah. Hasil daripada kajian mendapati bahawa, gaya asuhan ibu bapa autoritarian, autoritatif, dan permisif mempunyai pengaruh positif dan signifikan terhadap gejala ponteng sekolah dalam kalangan pelajar SMA di Bandar Malang Indonesia. Gaya asuhan ibu bapa permisif merupakan pemboleh ubah peramal yang paling dominan mempengaruhi gejala ponteng sekolah. Oleh itu, pihak sekolah khususnya pihak Kementerian Pendidikan Indonesia perlulah mengambil kira faktor ibu bapa di dalam merancang segala program atau aktiviti pencegahan ponteng sekolah dalam kalangan pelajar.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: ponteng, asuhan ibu bapa,unimas, university, universiti, Borneo, Malaysia, Sarawak, Kuching, Samarahan, ipta, education, undergraduate, research, Universiti Malaysia Sarawak
Subjects: H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman
L Education > LB Theory and practice of education > LB1501 Primary Education
L Education > LB Theory and practice of education > LB1603 Secondary Education. High schools
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Cognitive Sciences and Human Development
Faculties, Institutes, Centres > Faculty of Cognitive Sciences and Human Development
Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Cognitive Sciences and Human Development
Depositing User: Saman
Date Deposited: 17 Apr 2018 03:43
Last Modified: 07 May 2018 05:29
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/20140

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item