Aplikasi teknik penyuntingan fast cut dalam filem

Leonard Nandong, anak Melepong (2010) Aplikasi teknik penyuntingan fast cut dalam filem. [E-LPTA] (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
Aplikasi teknik penyuntingan fast cut (24 pages).pdf

Download (1MB) | Preview
[img] PDF (Please get the password from Digital Collection Development Unit, ext : 3932 / 3914)
Aplikasi teknik penyuntingan fast cut (fulltext).pdf

Download (4MB)

Abstract

Secara umumnya, kajian ini bertujuan untuk mengkaji peranan teknik penyuntingan fast cut dalam filem sama ada teknik ini hanya sekadar untuk memenuhi keperluan filem atau sebagai teknik yang akan menambah baik nilai estatik dalam filem itu sendiri. Di samping itu, kajian ini juga memperlihatkan kelebihan penggunaan teknik penyuntingan fast cut dalam filem. Penyuntingan merupakan salah satu elemen yang penting dalam sesebuah filem. Teknik penyuntingan fast cut adalah satu teknik penyuntingan yang merujuk kepada beberapa perubahan shot dalam masa yang pantas dan pendek iaitu di antara 3 saat atau kurang. Teknik penyuntingan ini juga dapat memberikan informasi kepada penonton dengan cepat dan bertenaga. Teknik penyuntingan fast cut digunakan untuk menyampaikan maklumat, perkara lepas dan emosi dalam masa yang singkat.Teknik ini juga hanya dikenali sebagai salah satu daripada teknik penyuntingan yang tidak membawa pengaruh besar terhadap keseluruhan struktur naratif sesebuah filem. Teknik penyuntingan fast cut ini kebiasaannya hanya digunakan sebagai cara pintas untuk menyampaikan satu atau lebih sequence aksi, emosi, flashback dan simbolik dalam filem. Rentak dan ritma memainkan peranan yang penting dalam teknik penyuntingan fast cut ini. Ini merupakan satu kelebihan dalam teknik penyuntingan fast cut. Seterusnya filem yang telah dipilih akan dianalisa berdasarkan struktur naratifnya sendiri. Ini bertujuan untuk memperkukuhkan lagi perwatakan teknik penyuntingan fast cut dalam filem. Berdasarkan kajian yang telah dibuat, pengkaji akan mengaplikasikan teknik ini dalam projek tahun akhir pengkaji. Sebagai kesimpulannya, pengkaji telah berpendapat bahawa peranan teknik penyuntingan fast cut bukan sekadar untuk memenuhi keperluan sesebuah filem tetapi merupakan salah satu teknik untuk menambah baik nilai estatik sesebuah filem tersebut.

Item Type: E-LPTA
Additional Information: Project Report (B.Sc.) -- Universiti Malaysia Sarawak, 2010.
Uncontrolled Keywords: Cinematography, fast cut editing, unimas, university, universiti, Borneo, Malaysia, Sarawak, Kuching, Samarahan, ipta, education, undergraduate, research, Universiti Malaysia Sarawak
Subjects: N Fine Arts > N Visual arts (General) For photography, see TR
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Applied and Creative Arts
Depositing User: Saman
Date Deposited: 20 Dec 2017 01:03
Last Modified: 20 Dec 2017 01:03
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/18969

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item