Dialek Melayu Sarawak: Kelainan Semantik

Fatimah, Hj Subet and Dayang Sariah, Abang Suhai and Nur Ardini Jian, Abdullah @ Elmie and Salbia, Hassan (2012) Dialek Melayu Sarawak: Kelainan Semantik. Journal Of The Centre for The Promotion Of Knowledge & Language Learning, 17. pp. 131-145. ISSN 1511-1989

[img]
Preview
PDF
Dialek Melayu Sarawak kelainan Semantik (abstract).pdf

Download (13kB) | Preview
Official URL: https://scholar.google.com/citations?view_op=view_...

Abstract

Dialek ialah kelainan bahasa yang dituturkan oleh sesebuah kelompok masyarakat. Di Malaysia, dialek yang dituturkan berbeza berdasarkan faktor geografi. Setiap daerah atau kawasan mempunyai dialek masing-masing. Dialek Melayu Sarawak (DMS) merupakan dialek yang paling besar perbezaannya dengan dialek-dialek Melayu lain di Malaysia. Banyak perkataan dalam DMS yang sangat berbeza dengan dialek-dialek Melayu di Semenanjung dan Sabah. Integrasi kaum antara penduduk Malaysia telah lama terlaksana. Terdapat banyak aktiviti ke arah mengintegrasikan penduduk ini. Salah satu cara yang diaplikasikan ialah melalui pemahaman terhadap makna atau semantik sesuatu bahasa yang dituturkan. Walau bagaimanapun, masih terdapat penduduk dari Semenanjung Malaysia dan Sabah yang keliru dengan makna perkataan DMS dengan Bahasa Melayu Standard (BMS). Ekoran itu, berlaku salah faham, salah sangka, kegagalan menyampaikan maksud sebenar, prejudis dan sebagainya. Hal ini dikhuatiri akan merencatkan konsep perpaduan kaum yang cuba dipertahankan. Hal ini perlu dicari jalan penyelesaiannya. Salah satu cara penyelesaiannya ialah kedua-dua penutur dan pendengar harus mempunyai sikap saling memahami terhadap bahasa yang dituturkan. Di sinilah, kajian rintis yang menggariskan kosa-kosa kata dalam DMS yang mempunyai persamaan dan perbezaan dari segi semantiknya dengan BMS dilaksanakan. Pengumpulan kosa-kosa kata ini akan mengambil masa, namun kajian rintis ini nanti akan menjadi pemula kepada kajian lanjutan yang bersifat saintifik. Pengumpulan kosa-kosa kata tersebut adalah berdasarkan acuan semantik dan kajian ini nanti akan dapat mengelak kekeliruan dan kecelaruan semantik daripada berlaku.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: kelainan bahasa, Dialek Melayu Sarawak, semantik, Bahasa Melayu Standard, 1Malaysia, UNIMAS, university, universiti, Borneo, Malaysia, Sarawak, kuching, samarahan, ipta, education, research, Universiti Malaysia Sarawak, 2012
Subjects: P Language and Literature > P Philology. Linguistics
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Centre for Language Studies (rebranded to FLSCS in 2015)
Depositing User: Karen Kornalius
Date Deposited: 18 Mar 2015 02:10
Last Modified: 19 Jan 2016 01:52
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/6594

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item