Faktor Kesukaran dalam Proses Memodelkan Sebuah Tapak Arkeologi Menerusi Pendekatan Geospatial

Azizul, Ahmad and Mohd Zulhafiz, Said and Tarmiji, Masron and Nur Afiqah, Ariffin and Yaniza Shaira, Zakaria and Ardiansyah, Ardiansyah and Lindah Roziani, Jamru and Nor Khairunnisa, Talib and Nur Rafidah Asyikin, Idris and Norliza, Abd. Rahman and Luqman Haqim, Bismelah and Asykal Syakinah, Mohd Ali and Bryan Anderson, Wis and Norizan, Musa (2024) Faktor Kesukaran dalam Proses Memodelkan Sebuah Tapak Arkeologi Menerusi Pendekatan Geospatial. E-Bangi: Journal of Social Science and Humanities, 21 (1). pp. 492-501. ISSN eISSN 1823-884x

[img] PDF
Faktor Kesukaran dalam Proses Memodelkan Sebuah Tapak Arkeologi Menerusi Pendekatan Geospatial.pdf - Published Version

Download (467kB)
Official URL: https://ejournal.ukm.my/ebangi/article/view/71427

Abstract

Selama bertahun-tahun, ahli arkeologi telah bergantung pada peta dan analisis ruangan untuk memahami taburan artifak dan ciri di seluruh tapak arkeologi secara visualisasi. Walau bagaimanapun, pengenalan foto udara, penderiaan jauh digital, sistem maklumat geografi (GIS) dan sistem keletakan global (GPS) telah menyediakan ahli arkeologi dengan alat canggih untuk menganalisis dan menggambarkan taburan dan data arkeologi dengan cara yang inovatif. Oleh yang demikian, analisis geospatial telah mendapat pengiktirafan yang penting sebagai salah satu alat untuk membantu ahli arkeologi. Dengan menyepadukan foto udara, penderiaan jauh, GIS dan GPS ke dalam penyelidikan mereka, ahli arkeologi kini dapat menganalisis kuantiti data yang besar dalam masa yang sama memahami peranan ruangan. Ini telah membolehkan mereka memperoleh pandangan baru tentang taburan dan corak ciri arkeologi tersebut. Artikel ini bertujuan untuk mengkaji faktor kesukaran dalam proses memodelkan sebuah tapak arkeologi menerusi pendekatan geospatial. Antara faktor kepelbagaian yang menimbulkan kesukaran dalam proses memodelkan tapak arkeologi adalah tapak arkeologi, persekitaran, tingkah laku atau kelakukan dan faktor teknikal. Dengan kemajuan teknologi, pendekatan geospatial merupakan kaedah terbaik untuk penyelidikan arkeologi manakala ahli arkeologi perlu berhati-hati dan menimbang faedah dan cabaran yang berkaitan dengan analisis geospatial, memastikan kaedah ini digunakan secara berhemah dan beretika.

Item Type: Article
Additional Information: Information, Communication and Creative Technology
Uncontrolled Keywords: Arkeologi; foto udara; penderiaan jauh digital; Sistem Maklumat Geografi (GIS); Sistem Keletakan Global (GPS)
Subjects: C Auxiliary Sciences of History > CC Archaeology
G Geography. Anthropology. Recreation > G Geography (General)
H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Social Sciences & Humanities
Faculties, Institutes, Centres > Faculty of Social Sciences & Humanities
Depositing User: AZIZUL BIN AHMAD
Date Deposited: 02 May 2024 03:57
Last Modified: 06 May 2024 07:09
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/44666

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item