KOMUNIKASI POLITIK DI NEGERI SARAWAK : ANALISIS WACANA KRITIS TERHADAP MANIFESTO PARTI POLITIK DALAM PILIHAN RAYA NEGERI SARAWAK 2021

Malia, Taibi and Ammar Redza, Ahmad Rizal and Siti Haslina, Hussin (2024) KOMUNIKASI POLITIK DI NEGERI SARAWAK : ANALISIS WACANA KRITIS TERHADAP MANIFESTO PARTI POLITIK DALAM PILIHAN RAYA NEGERI SARAWAK 2021. Kajian Malaysia, 42 (Supp.1). pp. 191-213. ISSN 0127-4082

[img] PDF
KOMUNIKASI POLITIK.pdf

Download (203kB)
Official URL: http://web.usm.my/km/current.html

Abstract

Manifesto pilihan raya mencerminkan wawasan sesebuah parti politik dalam usaha meraih sokongan bakal pengundi bagi memenangi kerusi di kawasan bertanding. Kebanyakan parti politik menghasilkan manifesto yang menjanjikan projek pembangunan ekonomi negara, peluang pekerjaan serta memerangi salah guna kuasa. Pilihan Raya Negeri Sarawak 2021 (PRNS 2021) menarik perhatian di peringkat negeri dan persekutuan kerana buat pertama kalinya Gabungan Parti Sarawak (GPS) bertanding setelah pembubaran Barisan Nasional (BN) Sarawak pada tahun 2018. Di samping itu, PRNS 2021 merupakan pilihan raya pertama buat Abang Johari Openg, Ketua Menteri Sarawak yang baharu. PRNS 2021 juga merupakan medan pertarungan yang pertama buat parti nasionalis Sarawak seperti Parti Sarawak Bersatu (PSB) dan Parti Bumi Kenyalang (PBK). Makalah ini bertujuan untuk meneroka melalui analisis wacana kritis komunikasi politik yang disampaikan oleh parti politik di dalam manifesto mereka. Menggunakan kaedah analisis wacana kritis, makalah ini membandingkan manifesto mereka GPS, PSB dan PBK. Fokus kajian ini membincangkan tentang isu nasionalisme kenegerian, perkembangan ekonomi negeri dan hubungan antara etnik yang terdapat di dalam manifesto berkenaan. Kata kunci: Manifesto, Pilihan Raya Negeri Sarawak 2021, komunikasi politik, Gabungan Parti Sarawak (GPS), analisis wacana

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Manifesto, 2021 Sarawak State Election, political communication, Gabungan Parti Sarawak (GPS), discourse analysis.
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Education, Language and Communication
Depositing User: Taibi
Date Deposited: 13 Mar 2024 00:51
Last Modified: 13 Mar 2024 00:51
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/44451

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item