KECERDASAN LINGUISTIK DALAM UNGKAPAN KIASAN MELAYU SARAWAK

Santrol, Abdullah and Hamidah, Abdul Wahab (2023) KECERDASAN LINGUISTIK DALAM UNGKAPAN KIASAN MELAYU SARAWAK. In: Persidangan Antarabangsa Leksikologi dan Leksikografi Borneo (PALBORNEO), 25-26 Oct 2023, UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK (UNIMAS).

[img] PDF
PAL BORNEO 2023 - Copy.pdf

Download (29MB)

Abstract

Kertas kerja ini bertujuan mengkaji kecerdikan linguistik dalam ungkapan kiasan Melayu Sarawak. Kajian ini bertumpu kepada ungkapan kiasan berbentuk positif yang memberi pengajaran, nasihat dan panduan kepada umum. Selari dengan itu, kerangka Gardner (1993) dan Utami Munandar (2003) digunakan untuk menganalisis data ungkapan kiasan yang diperoleh daripada beberapa sumber, merangkumi kajian lapangan dan sumber bertulis. Dapatan kajian menunjukkan bahawa ungkapan kiasan yang wujud dan digunakan dalam masyarakat Melayu Sarawak mempunyai nilai yang tinggi, dapat meyakinkan, mendidik, dan memberi hiburan kepada umum. Ungkapan kiasan Melayu Sarawak turut menggunakan istilah-istilah sains, agama, ekonomi, politik, dan sebagainya yang telah wujud sekian lama dan bukan saja digunakan dalam bidang tertentu, tetapi merentas pelbagai bidang kehidupan serta kekal relevan sehingga sekarang.

Item Type: Proceeding (Paper)
Uncontrolled Keywords: kecerdikan linguistik, ungkapan kiasan, Melayu Sarawak, nilai, istilah.
Subjects: P Language and Literature > P Philology. Linguistics
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Education, Language and Communication
Depositing User: Gani
Date Deposited: 05 Jan 2024 07:57
Last Modified: 05 Jan 2024 07:57
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/44022

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item