Kawasan Ruang Terbuka dan Pengaruhnya Terhadap Interaksi Komunikasi Penghuni Flat Sungai Plan, Bintulu

Syufiza, Iskandar and Jamilah, Maliki and Dayang Aizza Maisha, Abang Ahmad (2023) Kawasan Ruang Terbuka dan Pengaruhnya Terhadap Interaksi Komunikasi Penghuni Flat Sungai Plan, Bintulu. Jurnal Komunikasi Borneo (JKOB), 11 ((June)). pp. 31-44. ISSN 2289-859X

[img] PDF
KAWASAN RUANG - Copy.pdf

Download (19kB)
Official URL: https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/jkob/art...

Abstract

Kesejahteraan komunikasi ruang terbuka dalam jiran merujuk kepada kualiti dan keberkesanan komunikasi yang berlaku di ruang awam yang dikongsi dalam sesebuah kawasan kejiranan. Sebilangan golongan penduduk kurang mengambil berat berkenaan kesejahteraan komunikasi diantara penduduk apabila di kawasan terbuka. Objektif kajian adalah untuk melihat hubungan komunikasi di kawasan terbuka yang menjadi tumpuan berinteraksi sesama penghuni flat Sungai Plan, Bintulu. Kajian dijalankan secara tinjauan melibatkan 155 responden yang merupakan penduduk dalam kalangan B40. Dapatan kajian mendapati aktiviti riadah mempunyai hubungan yang signifikan dengan interaksi di ruang awam di komuniti kejiranan dalam mewujudkan kesejahteraan komunikasi. Perhubungan yang positif ini menunjukkan bahawa dalam populasi kajian ini, secara relatif ruang terbuka dan aktiviti yang dilakukan di kawasan terbuka di sekitar flat kejiranan mempunyai hubungan yang lebih tinggi. Keakraban di antara kejiranan mempengaruhi komunikasi komuniti setempat dengan kejiranan mereka. Hal ini kerana, keakraban yang wujud adalah melalui hubungan yang terhubung daripada komunikasi penduduk yang seterusnya menghasilkan kesejahteraan komunikasi dalam komuniti. Kaedah kajian ini tidak dapat digeneralisasikan di kawasan perumahan rumah teres mahupun banglo kerana lebih spesifik kepada flat. Oleh itu, pengkaji di masa hadapan dicadangkan untuk mengkaji kesejahteraan komunikasi di flat-flat kos rendah khususnya di Malaysia. Kesimpulannya, penduduk di kawasan padat seperti flat mampu mewujudkan suasana hubungan yang baik dan berkenalan dengan lebih akrab antara satu sama lain di dalam komuniti flat itu sendiri.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: kesejahteraan komunikasi, interaksi, flat kos rendah, ruang terbuka, kejiranan.
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Education, Language and Communication
Depositing User: Maliki
Date Deposited: 11 Dec 2023 08:26
Last Modified: 11 Dec 2023 08:26
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/43642

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item