Keberkesanan Kaedah Main Peranan dalam Penguasaan Kemahiran Bertutur Subjek Bahasa Inggeris Pelajar Tingkatan 2 di Sebuah Sekolah di Daerah AsajayaSadong Jaya

Abg. Ashmirul, Abg. Abu Nawas and Aida Hanim, A. Hamid (2023) Keberkesanan Kaedah Main Peranan dalam Penguasaan Kemahiran Bertutur Subjek Bahasa Inggeris Pelajar Tingkatan 2 di Sebuah Sekolah di Daerah AsajayaSadong Jaya. Jurnal Dunia Pendidikan, 5 (1). pp. 390-405. ISSN 2682-826X

[img] PDF
Keberkesanan.pdf

Download (82kB)
Official URL: https://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd/article/v...

Abstract

Kajian ini bertujuan mengenalpasti keberkesanan kaedah main peranan terhadap pencapaian pelajar dalam kemahiran bertutur Bahasa Inggeris. Kajian ini turut bertujuan mengenalpasti kesan kaedah main peranan terhadap motivasi pelajar untuk bertutur dalam Bahasa inggeris. Kajian ini menggunakan rekabentuk kuasi-eksperimen. Sampel kajian terdiri daripada 63 orang pelajar lelaki dan perempuan Tingkatan 2 yang dipilih menggunakan kaedah persampelan bertujuan di salah sebuah sekolah di daerah Asajaya/Sadong Jaya. Pengumpulan data dilakukan melalui Ujian Bertutur Bahasa Inggeris pra dan pasca kajian, temubual pra dan pasca kajian dan borang pemerhatian. Markah Ujian Bertutur Bahasa Inggeris pra dan pasca kajian dianalisis secara diskriptif bagi mendapatkan min dan sisihan piawai seterusnya membuat perbandingan antara pra dan pasca kajian. Dapatan temubual dan borang pemerhatian pula dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan. Dapatan menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan antara pencapaian markah pelajar kumpulan eksperimental dan pelajar kumpulan kawalan. Selain itu, berdasarkan dapatan daripada temubual pasca kajian dan borang pemerhatian, didapati bahawa kaedah main peranan dapat meningkatkan motivasi murid-murid untuk bertutur dalam Bahasa Inggeris. Melalui hasil kajian ini, guru-guru boleh mengaplikasikan kaedah main peranan untuk meningkatkan kemahiran bertutur dalam subjek bahasa.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: effectiveness, role-play, English subject, communicative approach.
Subjects: L Education > L Education (General)
P Language and Literature > PE English
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Education, Language and Communication
Depositing User: Abg Abu Nawas
Date Deposited: 22 Nov 2023 01:33
Last Modified: 22 Nov 2023 01:33
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/43418

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item