Kaedah Main Peranan Dalam Pembelajaran Kemahiran Bertutur Subjek Bahasa (Role Playing Method in Learning Speaking Skills for Language Subjects)

Abg. Ashmirul, Abg. Abu Nawas and Khairul Azhar, Jamaludin (2022) Kaedah Main Peranan Dalam Pembelajaran Kemahiran Bertutur Subjek Bahasa (Role Playing Method in Learning Speaking Skills for Language Subjects). Jurnal Dunia Pendidikan, 4 (4). pp. 110-118. ISSN 2682-826X

[img] PDF
Kaedah.pdf

Download (70kB)
Official URL: https://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd/article/v...

Abstract

Kemahiran bertutur merupakan satu kemahiran yang penting untuk dikuasai pelajar-pelajar yang mempelajari bidang bahasa atau bidang-bidang yang lain. Oleh itu, satu pendekatan yang interaktif dan komunikatif perlulah diaplikasikan di dalam kelas pembelajaran bahasa. Antara kaedah yang melengkapi ciri-ciri ini adalah main peranan di mana pelajar diberi satu watak untuk dilakonkan berdasarkan kepada situasi yang telah ditetapkan. Sehubungan itu, fokus utama kajian ini adalah untuk mengenalpasti keberkesanan kaedah main peranan terhadap pembelajaran kemahiran bertutur pelajar dalam subjek bahasa. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengenalpasti kesan kaedah main peranan terhadap motivasi pelajar dalam pembelajaran kemahiran bertutur subjek bahasa. Hasil kajian mendapati kaedah main peranan dapat meningkatkan pencapaian pelajar dalam kemahiran bertutur bagi subjek bahasa. Selain itu, kajian juga mendapati kaedah main peranan meningkatkan motivasi pelajar dalam mempelajari kemahiran bertutur dalam subjek bahasa. Hasil kajian ini boleh dijadikan panduan buat tenaga-tenaga pengajar dalam meningkatkan keberkesanan proses pengajaran kemahiran bertutur dalam subjek bahasa.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: kaedah main peranan, role play, pembelajaran, bahasa.
Subjects: L Education > L Education (General)
P Language and Literature > PE English
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Education, Language and Communication
Depositing User: Abg Abu Nawas
Date Deposited: 22 Nov 2023 01:26
Last Modified: 22 Nov 2023 01:26
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/43417

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item