Kelestarian Dana Masjid di Negeri Sarawak

Shamsiah, Haji Mahli (2023) Kelestarian Dana Masjid di Negeri Sarawak. eBangi:Journal of Social Sciences and Humanity, 20. pp. 238-250. ISSN eISSN: 1823-884x

[img] PDF
Kelestarian Dana Masjid di Negeri Sarawak.pdf

Download (504kB)
Official URL: https://ejournal.ukm.my/ebangi

Abstract

Kelestarian dana merupakan isu penting terutamanya bagi institusi yang bukan berasaskan keuntungan seperti masjid. Dana yang lestari membantu masjid memainkan peranan dan fungsinya yang pelbagai secara berterusan untuk memberi manfaat kepada masyarakat pada masa sekarang dan akan datang. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti (i) sumber dana; (ii) aktiviti pengimarahan; dan (iii) perkhidmatan komuniti yang disediakan; serta (iv) meneroka faktor-faktor yang menyumbang kepada kelestarian dana masjid-masjid di Negeri Sarawak. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan reka bentuk kajian kes, melibatkan 16 informan yang merupakan Ahli Jawatankusa Pengurusan Masjid. Sebanyak lima buah masjid yang dikategorikan oleh Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) sebagai masjid yang aktif dengan aktiviti pengimarahan serta mempunyai dana yang lestari dipilih sebagai sampel kajian ini. Kaedah pengumpulan data pula menggunakan kaedah temu bual berstruktur dan penganalisaan dokumen manakala analisis data menggunakan teknik analisis kandungan. Hasil kajian mendapati derma orang ramai melalui kutipan Jumaat, derma berasaskan keperluan dan aktiviti masjid merupakan sumber dana utama bagi masjid-masjid di Negeri Sarawak. Hasil kajian juga mendapati masjid-masjid tersebut aktif melaksanakan aktiviti pengimarahan yang dijalankan secara mingguan, bulanan dan tahunan manakala perkhidmatan komuniti pula merangkumi aspek kebajikan, pendidikan dan sokongan sosial. Kekerapan aktiviti pengimarahan serta perkhidmatan komuniti yang dilaksanakan oleh masjid mendorong jemaah untuk terus menyumbang kepada dana masjid. Kesedaran yang tinggi untuk menderma dalam kalangan masyarakat setempat juga menyumbang kepada perolehan dana masjid. Implikasi kajian menyarankan agar institusi masjid dapat mengusahakan sumber dana lain yang dijana melalui pendapatan dan tidak terlalu bergantung sepenuhnya dengan sumbangan dan derma orang ramai. Aktiviti pengimarahan dan perkhidmatan komuniti yang sedia ada boleh dipelbagaikan dan diperluaskan agar dapat memberikan manfaat bukan sahaja kepada komuniti setempat tetapi umat Islam di Sarawak amnya. Kata kunci: kelestarian dana, sumber dana, aktiviti pengimarahan, perkhidmatan komuniti

Item Type: Article
Subjects: H Social Sciences > HG Finance
H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Institute of Borneo Studies
Depositing User: SHAMSIAH BINTI HAJI MAHLI
Date Deposited: 08 Nov 2023 03:23
Last Modified: 08 Nov 2023 03:23
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/43324

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item