Lakuan Bahasa Berunsur Sindiran dalam Kandungan Video YouTube Sarawak, NgekTsaiArmy Official

Jessica Nuwie, Jackson and Hamidah, Abdul Wahab (2023) Lakuan Bahasa Berunsur Sindiran dalam Kandungan Video YouTube Sarawak, NgekTsaiArmy Official. Trends in Undergraduate Research, 6 (1). pp. 20-31. ISSN 2637-093X

[img] PDF
Lakuan Bahasa - Copy.pdf

Download (87kB)
Official URL: https://publisher.unimas.my/ojs/index.php/TUR

Abstract

Sindiran lazimnya bersifat kiasan dengan penggunaan kata-kata tertentu, dan kadangkala kurang enak didengari disebabkan wujudnya unsur kejian atau celaan. Namun begitu, dalam sesetengah konteks, sindiran juga menjadi antara lakuan bahasa yang digunakan untuk membuat teguran, kritikan atau nasihat terhadap seseorang atau sekelompok individu berkaitan sesuatu isu. Kajian ini menganalisis lakuan bahasa sindiran dalam video YouTube NgekTsaiArmy Official. NgekTsai merupakan seorang pempengaruh media sosial atau vlogger yang terkenal dari Sarawak. Kaedah analisis kandungan digunakan dalam menganalisis data daripada ujaran watak dalam video-video yang bertemakan kekeluargaan, kemasyarakatan, pendidikan, pekerjaan, dan budaya. Data kajian dihuraikan dengan berdasarkan Teori Lakuan Bahasa Searle (1969). Dapatan kajian menunjukkan terdapat empat jenis lakuan bahasa yang wujud dalam kandungan video NgekTsaiArmy Official, iaitu asertif, direktif, ekspresif, dan komisif. Sungguhpun lakuan bahasa ini mengandungi unsur-unsur sindiran, namun kebanyakannya diujarkan dengan tujuan menyedarkan masyarakat tentang isu-isu semasa yang berlaku, justeru memberi input berguna dan positif kepada umum. Selain menjelaskan aspek lakuan bahasa, budaya masyarakat dan dialek Melayu Sarawak juga ditonjolkan oleh NgekTsai dengan cara yang tersendiri dan menarik perhatian pelayar-pelayarnya.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: speech act, sarcasm, YouTube, NgekTsai, Sarawak Malay, Sarawak Malay dialect.
Subjects: P Language and Literature > P Philology. Linguistics
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Education, Language and Communication
Depositing User: Abdul Wahab
Date Deposited: 12 Jul 2023 03:40
Last Modified: 10 Oct 2023 03:28
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/42235

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item