Rekonstruksi Stratifikasi Sosial dalam Kalangan Masyarakat Bumiputera Pinggir Bandar di Daerah Bau, Sarawak

Azril Neterhelmy, Shaharuddin (2023) Rekonstruksi Stratifikasi Sosial dalam Kalangan Masyarakat Bumiputera Pinggir Bandar di Daerah Bau, Sarawak. Masters thesis, Universiti Malaysia Sarawak.

This is the latest version of this item.

[img] PDF
Azril Neterhelmy_dsva.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (313kB)
[img] PDF
Thesis Master_Azril Neterhelmy - 24 pages.pdf

Download (612kB)
[img] PDF (Please get the password by email to repository@unimas.my , or call ext: 082-583914/3973/3933)
Azril N.pdf
Restricted to Registered users only

Download (2MB)

Abstract

Stratifikasi sosial yang wujud di Malaysia sering berubah dan direkonstruksi seiring dengan peredaran zaman bagi meletakkan masyarakat kepada kelompok-kelompok tertentu. Daripada pengkategorian berdasarkan kategori seperti berpendapatan tinggi, menengah, rendah, kaya, sederhana dan miskin kepada pengkategorian berdasarkan jumlah pendapatan isi rumah bulanan telah digunakan oleh pihak pemerintah untuk menyusun lapis masyarakat di negara ini bagi memudahkan urusan pentadbiran. Impak dari campur tangan pemerintah, kemasukan modal melalui pembangunan dan perubahan ragam pengeluaran telah memberi kesan kepada stratifikasi sosial masyarakat Bumiputera pinggir bandar di Sarawak. Oleh itu, berpandukan kepada pendekatan Multidimensi oleh Max Weber, kajian ini akan mengkaji berkenaan pembentukan stratifikasi sosial yang berlaku dalam kalangan komuniti Bumiputera pinggir bandar di Sarawak, dengan tumpuan kepada faktor yang membawa kepada peletakkan status dan kategori di dalam masyarakat. Tiga objektif utama kajian ini: pertama, mengenalpasti faktor –faktor yang membahagikan individu dan kelompok ke dalam kedudukan dan status sosial tertentu. Kedua, mengukur kesan perubahan aktiviti ekonomi yang berlaku di dalam komuniti pinggir terhadap peletakan kedudukan dan status sosial. Ketiga, mengkaji kaedah penyesuaian sara hidup Bumiputera dengan perubahan ekonomi dan pembangunan setempat yang berlaku. Kajian ini mengguna pakai kaedah kuantitatif melalui pendekatan survei. Borang soal selidik digunakan sebagai instrumen bagi mendapatkan data terhadap responden. Jumlah responden yang terlibat adalah adalah seramai 381 orang yang terdiri daripada penduduk Bumiputera pinggir bandar di Daerah Bau. Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan aplikasi Statistical Package for Social Science (SPSS) bagi mengeluarkan data deskriptif dan inferensi. Dapatan yang diperolehi juga disokong dengan siri tembual yang dilakukan bersama orang sumber yang terpilih. Dapatan kajian menunjukkan terdapat peletakan kedudukan dan status sosial di kawasan pinggir bandar Daerah Bau. Faktor-faktor yang membawa kepada peletakan kedudukan dan status sosial ini pula disusun berdasarkan kepada nilai dan kepentingan faktor tersebut terhadap kepada komuniti. Hasil kajian juga mendapati terdapat pengubahsuaian di dalam aktiviti ekonomi yang dilakukan oleh komuniti di kawasan tersebut yang mana turut sama membantu dalam memperbaiki kedudukan dan status sosial mereka. Akhir sekali, kajian mendapati, terdapat penambahbaikan dan penyesuaian kaedah sara hidup yang telah dilakukan oleh komuniti pinggir bandar Daerah Bau dalam mendepani peningkatan kos sara hidup yang berlaku. Justeru, melalui kajian yang dilakukan ini, akan dapat menyumbang kepada korpus ilmu stratifikasi sosial masyarakat Bumiputera pinggir bandar sekaligus dapat memberi perspektif baharu dalam memahami struktur dan susun lapis masyarakat di kawasan tersebut.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
H Social Sciences > HM Sociology
H Social Sciences > HN Social history and conditions. Social problems. Social reform
H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Social Sciences & Humanities
Faculties, Institutes, Centres > Faculty of Social Sciences & Humanities
Depositing User: AZRIL NETERHELMY BIN SHAHARUDDIN
Date Deposited: 06 Jul 2023 07:12
Last Modified: 30 Aug 2023 02:20
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/42140

Available Versions of this Item

  • Rekonstruksi Stratifikasi Sosial dalam Kalangan Masyarakat Bumiputera Pinggir Bandar di Daerah Bau, Sarawak. (deposited 06 Jul 2023 07:12) [Currently Displayed]

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item