Hubungan di antara Dimensi Keadilan Penilaian Prestasi dan Perbezaan di antara Faktor Demografi Terpilih dengan Niat Berhenti Kerja dalam Kalangan Anggota Polis: Peranan Sokongan Organisasi sebagai Perantara

Brenda Ranee, Francis (2023) Hubungan di antara Dimensi Keadilan Penilaian Prestasi dan Perbezaan di antara Faktor Demografi Terpilih dengan Niat Berhenti Kerja dalam Kalangan Anggota Polis: Peranan Sokongan Organisasi sebagai Perantara. PhD thesis, UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK.

[img] PDF
Declaration of Original Work_Brenda.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (707kB) | Request a copy
[img] PDF (Please get the password by email to repository@unimas.my, or call ext: 3914/ 3942/ 3933)
Thesis PhD_Brenda Ranee Francis_24pages.pdf
Restricted to Registered users only

Download (304kB) | Request a copy
[img] PDF (Please get the password by email to repository@unimas.my , or call ext: 082-583914/3973/3933)
Brenda Ranee ft.pdf
Restricted to Registered users only

Download (3MB) | Request a copy

Abstract

Pekerja merupakan salah satu aset penting dalam organisasi kerana menjadi tulang belakang organisasi. Berhenti kerja dalam kalangan pekerja merupakan masalah yang serius dalam organisasi di seluruh dunia. Pekerja yang mempunyai niat untuk berhenti kerja akan memberi kesan negatif kepada organisasi dalam tempoh jangka masa yang panjang. Sehubungan itu, keadilan penilaian prestasi yang tidak adil sering kali menimbulkan konflik antara penyelia dan pekerja. Ini disebabkan oleh keadilan merupakan salah satu sokongan organisasi yang dirasakan oleh pekerja. Sokongan organisasi yang dirasai oleh pekerja boleh memberi kesan kesejahteraan kepada pekerja kerana boleh menjadikan pekerja berkembang maju dan menyumbang secara positif kepada organisasi. Oleh yang demikian, tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji hubungan diantara dimensi keadilan penilaian prestasi dan faktor demografi terpilih dengan niat berhenti kerja dalam kalangan anggota polis serta peranan sokongan organisasi sebagai perantara dalam kalangan anggota polis. Kajian ini penting kerana isu niat berhenti kerja, keadilan penilaian prestasi dan sokongan organisasi merupakan jurang kajian yang serius dalam organisasi badan beruniform. Unit analisis bagi kajian ini adalah individu yang melibatkan anggota polis. Dalam kajian ini, telah menggunakan pendekatan kuantitatif dan keratan rentas. Data seramai 513 responden dari kontinjen Sarawak telah diperolehi melalui kaedah tinjauan melalui talian serta di analisa menggunakan Perisian SPSS PLS-SEM. 18 hipotesis telah diuji dan didapati sembilan hipotesis disokong dan sembilan hipotesis tidak disokong. Keadilan prosedur (formal), keadilan distributif, keadilan interpersonal dan keadilan maklumat tidak mempunyai hubungan yang signifikan terhadap niat berhenti kerja. Namun, tidak bagi keadilan prosedur (interaksi) dan niat berhenti kerja. Dalam kajian ini, empat dimensi keadilan penilaian prestasi mempunyai hubungan positif yang signifikan terhadap sokongan organisasi. Namun, tidak bagi dimensi keadilan interpersonal dan sokongan organisasi. Seterusnya, sokongan organisasi mempunyai hubungan negatif yang signifikan terhadap niat berhenti kerja. Sokongan organisasi mempunyai hubungan pengantara yang signifikan antara keadilan prosedur (formal), keadilan prosedur (interaksi), keadilan distributif dan keadilan maklumat dalam penilaian prestasi dengan niat berhenti kerja. Manakala, sokongan organisasi, bukan menjadi perantara bagi hubungan di antara keadilan interpersonal dalam penilaian prestasi dengan niat berhenti kerja. Selain itu juga, didapati tiada perbezaan persepsi antara jantina dan multi-generasi terhadap persepsi niat berhenti kerja. Menurut model struktur, konstruk dimensi keadilan penilaian prestasi telah menyumbang sebanyak 35.1% varians kepada konstruk sokongan organisasi. Manakala, bagi konstruk niat berhenti pula telah menjelaskan sebanyak 13.1% varians yang telah disumbangkan dari keseluruhan pemboleh ubah dalam kajian ini. Ini menunjukkan bahawa kepentingan mengekalkan kesejahteraan dalam kalangan anggota polis serta menggalakkan persekitaran kerja yang positif serta iklim organisasi yang menyokong boleh menurunkan niat berhenti kerja dalam kalangan anggota polis. Kajian ini memberi sumbangan yang baharu kerana telah meneliti setiap dimensi keadilan penilaian prestasi terutamanya keadilan prosedur (formal) dan keadilan prosedur (interaksi) yang kurang diterokai oleh pengkaji terdahulu.

Item Type: Thesis (PhD)
Uncontrolled Keywords: Keadilan Penilaian Prestasi, Penilaian Prestasi, Sokongan Organisasi, Niat Berhenti Kerja
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Cognitive Sciences and Human Development
Faculties, Institutes, Centres > Faculty of Cognitive Sciences and Human Development
Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Cognitive Sciences and Human Development
Depositing User: BRENDA RANEE FRANCIS
Date Deposited: 30 Jun 2023 07:25
Last Modified: 22 Apr 2024 08:04
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/42104

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item