Keberkesanan Program Latihan Vokasional (Teknikal) Malaysia Di Sarawak

Ah Juan, Lim (2023) Keberkesanan Program Latihan Vokasional (Teknikal) Malaysia Di Sarawak. PhD thesis, Universiti Malaysia Sarawak.

[img] PDF
Lim Ah Juan Tesis PhD.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (4MB) | Request a copy
[img] PDF
PhD Lim Ah Juan.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (487kB) | Request a copy

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji perspektif pekerja teknologi industri, pengurus organisasi, ahli akademik, ibu bapa dan majikan terhadap keberkesanan Program Latihan Vokasional Malaysia (Teknikal) Vokasional di Sarawak. Terdapat enam (6) objektif dalam kajian ini, iaitu untuk meninjau keberkesanan program latihan VM, mengkaji keberkesanan kurikulum VM, mengkaji kesediaan bekerja graduan program latihan VM, meninjau penerimaan majikan terhadap graduan program latihan VM, mengenal pasti faktor-faktor yang menyumbang kepada keberkesanan program latihan VM dan mengenal pasti cabaran-cabaran yang dihadapi oleh graduan VM lepasan KV di Sarawak. Kajian ini melibatkan 16 orang informan yang terdiri daripada empat (4) orang pekerja teknologi industri (PTI), tiga (3) orang pengurus organisasi (PO), tiga (3) orang ahli akademik (AA), tiga (3) orang ibu bapa (IB) dan tiga (3) orang majikan (MJ). Data kajian kualitatif ini dikumpul dengan menggunakan kaedah temu bual separa struktur. Transkrip temu bual telah dianalisis dengan menggunakan kaedah analisis kandungan tematik. Dapatan utama kajian ini mendapati program Latihan VM KV yang dijalankan adalah berkesan. Keberkesanan latihan kemahiran bidang teknologi adalah jelas kepada PTI. Kajian juga mendapati keberkesanan kurikulum yang dipelajari oleh PTI serta kepentingan terhadap bidang pekerjaan mereka. Dapatan seterusnya mendapati graduan VM bersedia untuk bekerja dalam industri. Dapatan kajian juga mendapati tahap penerimaan pihak industri yang tinggi terhadap graduan VM KV bidang teknologi. Dapatan kajian berkaitan dengan faktor yang menyumbang kepada keberkesanan program latihan VM mengikut pandangan pelbagai pihak serta cabaran-cabaran yang dihadapi oleh graduan VM juga dibincangkan dengan mendalam. Beberapa implikasi kajian, iaitu kepada pelbagai pihak berkepentingan telah dibincangkan. Dicadangkan juga beberapa cadangan kajian pada masa yang akan datang untuk dijalankan. Diharapkan hasil daripada kajian ini dapat dimanfaatkan dan digunakan dengan sebaiknya untuk meningkatkan kualiti VM dalam kalangan graduan bidang teknologi lepasan KV supaya mereka lebih mendapat tempat di industri dan lebih berdaya saing dalam kalangan graduan TVET yang lain dalam era Revolusi Industri 4.0.

Item Type: Thesis (PhD)
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
L Education > L Education (General)
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Cognitive Sciences and Human Development
Faculties, Institutes, Centres > Faculty of Cognitive Sciences and Human Development
Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Cognitive Sciences and Human Development
Depositing User: LIM AH JUAN
Date Deposited: 27 Jun 2023 00:29
Last Modified: 01 Jul 2023 04:30
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/42038

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item