PENGLIBATAN POLITIK KOMUNITI PERIBUMI ISLAM DI LABUAN SEMASA ZAMAN PENJAJAHAN BRITISH, 1946-1963

Juwita Kumala, Robin and Arnold, Puyok (2016) PENGLIBATAN POLITIK KOMUNITI PERIBUMI ISLAM DI LABUAN SEMASA ZAMAN PENJAJAHAN BRITISH, 1946-1963. Journal of Borneo Kalimantan, 2 (2). pp. 1-25.

[img] PDF
THE POLITICAL PARTICIPATION OF THE INDIGENOUS MUSLIM.pdf

Download (351kB)
Official URL: https://doi.org/10.33736/jbk.v2i2

Abstract

Tema kajian berkenaan penglibatan politik komuniti peribumi Islam di Labuan penting dalam mengisi kelompangan sejarah politik Labuan. Persoalan-persoalan kajian yang cuba dijawab adalah: apakah peranan politik yang dimainkan oleh komuniti peribumi Islam semasa zaman penjajahan British, 1946- 1963? Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi penglibatan mereka dalam arena politik Labuan dan bagaimana pula reaksi British terhadap penglibatan tersebut? Tiga objektif utama kajian adalah: menghuraikan penglibatan komuniti peribumi Islam dalam arena politik Labuan dari tahun 1946-1963, menganalisis peranan yang dimainkan oleh komuniti peribumi Islam dalam pemerintahan kolonial British dan menilai dasar pihak British terhadap penglibatan politik pemimpin-pemimpin komuniti peribumi Islam. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif yang melibatkan pengumpulan data melalui perpustakaan konvensional (sumber arkib) dan temu bual mendalam. Kaedah kritikan dalaman dan luaran turut diaplikasikan dalam menilai, menginterpretasi dan menganalisis sumber-sumber primer, sekunder dan lisan yang diperolehi. Tema-tema utama kajian pula dihuraikan secara deskriptif dan kronologikal. Dapatan kajian mendapati bahawa penglibatan peribumi Islam dalam arena politik Labuan dapat dibahagikan dalam dua fasa iaitu fasa pertama pada tahun 1946-1960 dan fasa kedua pada tahun 1961-1963. Penglibatan komuniti peribumi Islam dalam politik pada fasa pertama dipengaruhi oleh keinginan untuk memperjuangkan agama Islam, hak identiti etnik, dan kepentingan etnik kolektif komuniti peribumi Islam di Labuan. Manakala, pada fasa kedua pula, penglibatan politik komuniti peribumi Islam dimotivasikan oleh perjuangan untuk mendapatkan hak berpolitik dan tuntutan kemerdekaan dalam gagasan Malaysia. Didapati bahawa British bersifat terbuka terhadap kesedaran berpolitik yang ditunjukkan oleh pemimpin-pemimpin komuniti peribumi Islam. Peluang juga diberikan kepada pemimpin-pemimpin peribumi Islam di Labuan untuk terlibat dalam aktiviti berpolitik. Namun, penglibatan politik komuniti peribumi Islam di Labuan adalah terhad kerana pemimpin-pemimpin komuniti peribumi Islam tidak diberikan peranan yang signifikan dalam pentadbiran British.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: penglibatan politik, komuniti peribumi Islam, Labuan, British, Malaysi
Subjects: J Political Science > JA Political science (General)
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Social Sciences & Humanities
Faculties, Institutes, Centres > Faculty of Social Sciences & Humanities
Depositing User: Puyok
Date Deposited: 13 Mar 2023 08:33
Last Modified: 13 Mar 2023 08:33
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/41509

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item