Penilaian Prestasi Pekerja Semasa Pandemik Covid-19 : Cabaran Terhadap Pelaksanaan Perbincangan Prestasi dan Gagasan Penyelesaian

Rusli, Ahmad and Majelan, Sulong and Mohamad Azahaari, Abu Bakar and Wan Norizan, Wan Hashim (2022) Penilaian Prestasi Pekerja Semasa Pandemik Covid-19 : Cabaran Terhadap Pelaksanaan Perbincangan Prestasi dan Gagasan Penyelesaian. In: INTERNATIONAL COUNSELING CONVENTION 2022, 1st-4th November 2022, Riverside Majestic Hotel, Kuching Sarawak.

[img] PDF
Penilaian Prestasi.pdf

Download (388kB)

Abstract

Penilaian prestasi merupakan salah satu proses yang penting dalam pengurusan sumber manusia. Antara tujuan utamanya ialah dari segi pentadbiran, pembangunan dan penghukuman Pelaksanaan penilaian prestasi melalui perbincangan dan maklum balas prestasi perlu diteruskan walaupun dalam musibah COVID-19. Keseriusan wabak ini yang boleh memberi kesan buruk terhadap kesihatan pekerja telah menyebabkan pelaksanaan tugas dan tanggungjawab pekerja di tempat kerja terjejas teruk. Walau bagaimanapun, pelbagai usaha dan keputusan penting telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan bagi mengurus situasi kritikal ini. Kerajaan telah meminta semua pihak pengurusan agensi sama ada kerajaan, swasta, badan bukan kerajaan dan lain-lain agensi untuk melaksanakan aktiviti bekerja dari rumah demi kelangsungan organisasi dan bagi memastikan perkhidmatan dan aktiviti ekonomi terus berjalan. Pengenalan norma baharu dalam amalan bekerja turut memberi kesan besar terhadap proses penilaian prestasi. Pelbagai teknik dan kaedah alternatif diaplikasikan untuk mencapai matlamat perbincangan dan memberi maklum balas prestasi. Walau bagaimanapun, terdapat cabaran yang besar dalam pelaksanaan perkara ini, antaranya ketidaksediaan semua pihak yang terlibat, ancaman kesihatan dan nyawa dan ketiadaan prosedur operasi standard yang mantap untuk diikuti. Aktiviti perbincangan dan penilaian prestasi kerja juga terjejas teruk. Keseluruhannya, rata-rata organisasi terpaksa berdepan dengan pelbagai cabaran dalam melakukan penilaian prestasi dan kebanyakannya tidak melakukan perbincangan prestasi secara formal. Teknik perbincangan menggunakan kaedah tidak formal seperti penggunaan teknologi atas talian (online), merupakan alternatif terbaik dan sangat membantu. Amalan perbincangan prestasi juga boleh dijalankan secara 80 darjah, 160 darjah atau secara 360 darjah. Pada sesetengah organisasi amalan perbincangan prestasi kini telah menjadi lebih teratur dan mendalam dengan melibatkan amalan memberi maklum balas prestasi secara 720 darjah.

Item Type: Proceeding (Paper)
Additional Information: COVID-19
Uncontrolled Keywords: Penilaian prestasi, COVID-19, situasi kritikal, impak, cabaran.
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology
H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Cognitive Sciences and Human Development
Faculties, Institutes, Centres > Faculty of Cognitive Sciences and Human Development
Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Cognitive Sciences and Human Development
Depositing User: Gani
Date Deposited: 19 Jan 2023 02:26
Last Modified: 19 Jan 2023 02:26
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/41169

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item