Pandemik Covid-19 : Realiti Kegusaran Pekerja Berkaitan Jaminan dari Pekerjaan

Rusli, Ahmad and Surena, Sabil and Sopian, Bujang (2022) Pandemik Covid-19 : Realiti Kegusaran Pekerja Berkaitan Jaminan dari Pekerjaan. In: INTERNATIONAL COUNSELING CONVENTION 2022, 1st-4th November 2022, Riverside Majestic Hotel, Kuching Sarawak.

[img] PDF
Pandemik Covid-19.pdf

Download (387kB)

Abstract

Pandemik COVID-19 di Malaysia memberikan pelbagai impak yang besar terhadap kehidupan seharian masyarakat. Pandemik yang menular ini secara tidak langsung telah menjejaskan pelbagai sektor dari sudut kesihatan, keselamatan, ekonomi dan sosial. Wabak ini telah menimbulkan perasaan takut dan keresahan seluruh masyarakat dunia apabila hasil kajian mendapati bahawa wabak ini boleh berjangkit daripada seseorang individu ke individu lain dengan cepat melalui titisan cecair dan sentuhan. Pandemik COVID-19 telah banyak memberikan kesan kepada ekonomi Malaysia terutamanya dalam sektor pekerjaan dan kadar pengangguran juga telah menunjukkan trend peningkatan. Kesannya amat menyeluruh terhadap skala dan jenis pekerjaan serta tiada satu pun yang terkecuali. Terdapat perniagaan yang terpaksa ditutup atau diisytiharkan bankrap dan pelbagai jenis skim pemberhentian atau pembuangan pekerja terpaksa dijalankan. Ada juga sesetengah pekerja yang masih berjuang berhabis-habisan agar kekal dalam konteks perkhidmatan dan perniagaan yang mereka lakukan. Untuk itu kekuatan dari kepelbagaian kecerdasan adalah diperlukan. Pelbagai pihak berfikir secara serius dan mencari formula terbaik bagi membantu pekerja-pekerja yang terjejas disebabkan oleh pandemik COVID-19 ini.

Item Type: Proceeding (Paper)
Additional Information: COVID-19
Uncontrolled Keywords: COVID-19, ekonomi Malaysia, impak, sudut kesihatan, keselamatan, ekonomi dan sosial.
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology
H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Cognitive Sciences and Human Development
Faculties, Institutes, Centres > Faculty of Cognitive Sciences and Human Development
Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Cognitive Sciences and Human Development
Depositing User: Gani
Date Deposited: 19 Jan 2023 02:22
Last Modified: 19 Jan 2023 02:22
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/41168

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item