Analisis Semantik Inkuisitif dalam Perbualan Implisit Karya Filem Klasik P. Ramlee (Inquisitive Semantic Analysis of the Implicit Conversation of P. Ramlee’s Classic Film Work)

Nur Ezatull Fadtehah, Hedel and Mary Fatimah, Subet (2022) Analisis Semantik Inkuisitif dalam Perbualan Implisit Karya Filem Klasik P. Ramlee (Inquisitive Semantic Analysis of the Implicit Conversation of P. Ramlee’s Classic Film Work). International Journal of Modern Languages and Applied Linguistics, 6 (4). pp. 102-118. ISSN 2600-7266

[img] PDF
Analisis Semantik Inkuisitif-1.pdf

Download (193kB)
Official URL: https://myjms.mohe.gov.my/index.php/ijmal/article/...

Abstract

P. Ramlee banyak menggunakan unsur tersirat dalam filem klasik arahan dan lakonannya menyebabkan pelbagai tafsiran yang wujud untuk merungkai makna tersirat yang cuba disampaikan dalam filem tersebut. Oleh itu, pendekatan semantik inkuisitif yang menekankan pentafsiran makna telah digunakan untuk merungkai makna sebenar yang disampaikan dalam filem tersebut. Berdasarkan isu tersebut, objektif kajian ini ialah mengenal pasti ujaran berimplisit dan menganalisis pemikiran, keintelektualan serta pengaruh budaya masyarakat Melayu dalam filem P. Ramlee. Kajian kualitatif dan reka bentuk deskriptif dan analisis kandungan ini telah menggunakan skrip filem-filem P. Ramlee sebagai instrumen kajian. Manakala, data dikumpul berdasarkan data primer dan sekunder seterusnya dianalisis dengan menggunakan tiga tahap iaitu semantik skrip, resonans dan inkuisitif bagi mendapatkan jawapan dihajati sehingga ke akal budi penutur. Teori yang mendasari pencarian mana ialah teori relevans daripada Sperber dan Wilson (1986,1995) dan menerapkan falsafah, akal budi serta ilmu daripada pelbagai bidang bagi mendapatkan jawapan dihajati bagi penggunaan leksikal tertentu dalam filem P. Ramlee yang dikaji. Hasil kajian mendapati, terdapat unsur pemikiran, akal budi serta pengaruh budaya masyarakat Melayu dalam ujaran berimplisit dan penggunaan leksikal tertentu juga mempunyai makna tersendiri yang perlu diperhalusi dengan lebih mendalam dengan menggunakan pendekatan semantik inkuisitif.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: semantik inkuisitif, filem, P. Ramlee, teori relevans, implisit
Subjects: P Language and Literature > P Philology. Linguistics
P Language and Literature > PN Literature (General)
P Language and Literature > PN Literature (General) > PN1993 Motion Pictures
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Education, Language and Communication
Depositing User: Sanawi
Date Deposited: 05 Jan 2023 06:44
Last Modified: 12 Oct 2023 02:38
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/41052

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item