Rawatan Fecal Microbiota Transplantation (FMT) Menurut Maqasid Syariah = Treatment of Faecal Microbiota Transplantation (FMT) Based on Maqasid Shariah

Nur Solihah, Isa and Muhammad Nazir, Alias and Mohd Al Adib, Samuri and Mohd Sham, Kamis (2022) Rawatan Fecal Microbiota Transplantation (FMT) Menurut Maqasid Syariah = Treatment of Faecal Microbiota Transplantation (FMT) Based on Maqasid Shariah. JOURNAL OF CONTEMPORARY ISLAMIC LAW, 7 (2). pp. 86-93. ISSN 0127-788X

[img] PDF
Rawatan Fecal Microbiota - Copy.pdf

Download (125kB)
Official URL: http://www.ukm.my/jcil/

Abstract

Perkembangan ilmu dan teknologi masa kini menemukan ahli perubatan kepada kaedah rawatan penyakit usus yang baharu iaitu rawatan Fecal Microbiota Transplantation (FMT). FMT dari aspek perubatan ialah mendermakan najis manusia yang mengandungi mikrobiota yang sihat untuk digunakan dalam rawatan penyakit usus. Rawatan ini bertujuan untuk memulihkan mikrobiota usus yang terganggu dan memperbaiki ketidakseimbangannya melalui pembentukan mikrobiota yang stabil dan kompleks. Ini sekaligus menimbulkan persoalan dalam hukum Islam tentang keharusan penggunaan rawatan ini memandangkan rawatan ini menggunakan najis manusia dan sifat najis tersebut tidak berubah. Oleh sebab itu, artikel ini akan membincangkan mengenai penggunaan rawatan FMT menurut kerangka maqasid syariah. Metode yang digunakan dalam kajian ini ialah analisis dokumen dengan berpandukan kepada bahan rujukan seperti buku-buku dan jurnaljurnal penerbitan berkaitan tajuk ini. Data yang diperolehi akan dianalisis secara tematik yang menggunakan pendekatan induktif bagi menentukan hukum penggunaan kaedah FMT bagi merawat penyakit. Hasil yang diperoleh daripada kajian ini ialah rawatan FMT adalah selari dengan maqasid syariah terutamanya dalam mencapai maslahah menjaga nyawa.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: FMT, najis, maqasid syariah, maslahah, menjaga nyawa.
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > B Philosophy (General)
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Cognitive Sciences and Human Development
Faculties, Institutes, Centres > Faculty of Cognitive Sciences and Human Development
Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Cognitive Sciences and Human Development
Depositing User: Gani
Date Deposited: 20 Dec 2022 07:16
Last Modified: 20 Dec 2022 07:16
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/40953

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item