TINJAUAN AWAL SUBDIALEK MELAYU SARAWAK BERDASARKAN CIRI FONOLOGI DAN KATA LEKSIKAL

Norazuna, Norahim and Salbia, Hassan and Dayang Nurlisa, Abang Zainal Abidin (2022) TINJAUAN AWAL SUBDIALEK MELAYU SARAWAK BERDASARKAN CIRI FONOLOGI DAN KATA LEKSIKAL. JURNAL BAHASA, 22 (2). pp. 1-26. ISSN 1511-9084

[img] PDF
TINJAUAN AWAL SUBDIALEK MELAYU.pdf

Download (219kB)
Official URL: http://jurnal.dbp.my/index.php/jurnalbahasa/articl...

Abstract

Makalah ini merupakan tinjauan awal perbandingan ciri umum dan khusus fonologi subdialek Melayu yang dituturkan di Sarawak (SDMS). Perbandingan ini terhad kepada fonologi asas yang merangkumi inventori fonem serta lingkungan kehadirannya dalam kata, diftong, rangkap vokal dan rangkap konsonan. Tinjauan ini penting sebagai landasan kepada penelitian seterusnya yang berusaha melakukan pemetaan subdialek Melayu di Sarawak. Tanpa penelitian fundamental tentang fonologi, leksikal dan nahu subdialek ini sudah tentu sukar untuk kita menyelusuri perkembangan subdialek Melayu di Sarawak. Data kajian dikumpulkan oleh penulis makalah ini dan daripada kajian lepas oleh penulis lain. Subdialek yang dibandingkan ialah subdialek Kuching, Tambirat, Kabong dan Debak yang juga mewakili empat kawasan petempatan asal orang Melayu. Kajian ini mengenal pasti dua kelompok utama SDMS, iaitu kelompok subdialek Kuching (SDM Kuching) dan kelompok subdialek Melayu persisiran (SDM Persisiran). Kelompok SDM Kuching dituturkan di perkampungan Melayu di Bahagian Kuching, sekitar lembangan Sg. Sarawak, Sematan, Santubong dan Bako. SDM Persisiran pula dituturkan di kawasan Kalaka-Saribas di Bahagian Sri Aman dan Betong, dan di Bahagian Samarahan di lembangan Btg. Sadong dan kawasan sekitarnya, iaitu Asajaya, Simunjan dan Sebuyau. SDM Persisiran kelihatan lebih tinggi kerencaman fonologinya daripada kelompok SDM Kuching, dan berkongsi beberapa ciri khusus fonologi seperti sistem 8-vokal, pengguguran ɣ di akhir kata serta kepelbagaian diftong, dan pada masa yang sama, turut mempamerkan perbezaan fonologi seperti penjelmaan /-a/ kepada /-ə/ atau /-o/, atau pengekalan /-a/ di akhir kata.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Subdialek Melayu, perbandingan fonologi, pengelompokan dialek, Borneo, geolinguistik, pemetaan dialek
Subjects: P Language and Literature > P Philology. Linguistics
P Language and Literature > PA Classical philology
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Education, Language and Communication
Depositing User: Sanawi
Date Deposited: 08 Dec 2022 06:34
Last Modified: 12 Oct 2023 02:36
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/40739

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item