BUKUO’ – Parang Tradisi Etnik Bidayuh Sarawak

Anuar, Ayob (2022) BUKUO’ – Parang Tradisi Etnik Bidayuh Sarawak. Anuar Ayob, Kota Samarahan, Sarawak. ISBN 978-629-97654

[img] PDF (Please get the password by email to repository@unimas.my, or call ext: 3914/ 3942/ 3933)
BUKUO' cut.pdf
Restricted to Registered users only

Download (1MB) | Request a copy
Official URL: https://parangbukuo.wixsite.com/bukuo

Abstract

Kajian etnografi visual yang telah dilakukan oleh sekumpulan pelajar-pelajar pengkhususan Fotografi kohort 2019-2022, Program Seni Halus, Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif, Universiti Malaysia Sarawak ini telah berjaya menyelidik, menemubual dan mendokumentasikan kegigihan seorang tukang parang iaitu Encik Nyapun anak Jun menghasilkan parang tradisi etnik Bidayuh di Sarawak yang unik dikenali sebagai Bukuo’. Penghasilan Bukuo’ ataupun parang tradisi etnik Bidayuh di Sarawak masa kini sememangnya amat terhad dan sukar ditemui kerana kepupusan tukang parang tersebut. Tambahan lagi, kenyataan Encik Nyapun sendiri yang masih aktif di Kampung Semban, Bengoh Resettlement Scheme tentang ketiadaan pewaris yang berminat menceburi bidang ini memberi gambaran bahawa penghasilan Bukuo’ bakal menemui jalan penamat jika tiada usaha melahirkan tukang parang muda pada masa hadapan. Ini akan mengakibatkan kerugian bukan sahaja kepada etnik Bidayuh, malah kepada seluruh rakyat Malaysia kerana seni warisan kraf besi yang unik ini akan pupus dan lenyap ditelan zaman. Semoga dengan terhasilnya buku elektronik atau ebook bertajuk BUKUO’ – Parang Tradisi Etnik Bidayuh Sarawak menerusi kajian ini dapat menjadi wadah perkongsian ilmu pengetahuan tentang keunikan warisan budaya kraf etnik Bidayuh Sarawak yang amat bermakna bagi dikongsi bersama khalayak umum, baik di dalam mahupun di luar negara. Adalah diharapkan agar kajian dari buku ini dapat menjadi rujukan kepada generasi mendatang tentang peri pentingnya memelihara warisan dan budaya masing-masing kerana ia merupakan lambang kepada kewujudan, keunikan dan kemegahan kita di bumi yang bertuah ini.

Item Type: Book
Additional Information: Sustainable Community Transformation
Uncontrolled Keywords: Kampung Semban, Bengoh Resettlement Scheme (BRS), Bidayuh, pembuatan parang, tradisi.
Subjects: N Fine Arts > N Visual arts (General) For photography, see TR
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Applied and Creative Arts
Faculties, Institutes, Centres > Faculty of Applied and Creative Arts
Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Applied and Creative Arts
Depositing User: Ayob
Date Deposited: 07 Dec 2022 00:50
Last Modified: 13 Nov 2023 06:46
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/40708

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item